BAB 39
Sampai sahaja
dirumah, Nur Alia meluru masuk kedalam biliknya.Sejak tinggal di rumah sendiri
dia cepat bosan dengan keadaan di dalam rumah itu.Dulu sebelum berpindah jika Nur
Alia pulang dari pejabat pasti dia akan bersembang dengan mamanya.Sekarang
sudah
lain jadinya.Apabila dia dan Syafiq Rizal pulang kerumah mereka akan
masuk bilik masing-masing dan membuat hal sendiri.Keesokkan harinya mereka
keluar pergi bekerja.Hanya hujung minggu sahaja dapat mereka meluangkan masa
bersama.Tetapi ikut keadaan juga kerana kadang-kadang Syafiq Rizal terpaksa meninggalkan Nur Alia
untuk pergi outstation.
Bosannya… hmm
telefon mama kejap la rindu pula pada mama dan abah.Nur Alia mengambil telefon
bimbitnya lalu menelefon Puan Lisa.
“Assalamualaikum.Mama buat apa tu?” Mesra Nur Alia.
“Waalaikumussalam Lia.Mama ada di butik ni
kenapa Alia telefon mama,”
“Yeke.Kak Aisya
ada situ sekali tak mama?Kirim salam pada dia ye.Lia telefon sebab Lia rindu
dekat mama dan abah.” Sayu Nur Alia.
“Mama pun rindu
Lia juga… Lia dan Rizal sihat?Nanti ajak Rizal datang rumah mama boleh lepaskan
rindu,”
“Alhamdulillah kami sihat.InshaAllah mama
nanti Lia datang sana ye.Alamak mama!”
“Nanti datang melawat
mama dan abah dekat sini.Kenapa Lia?Lia okey ke?” Cemas Puan Lisa.
“Bateri handphone Lia dah nak habis, Lia nak cas
kejap… kejap eh mama,”
“Ya Allah mama
ingat apa la yang Lia kelam kabut sangat tadi.Lia pergi cas dulu, nanti telefon
mama lain.Lagipun mama nak check stok
barang kejap.Nanti kirim salam pada Rizal ye sayang.Assalamualaikum,”
“Okey mama waalaikumussalam.”
Nur Alia menamatkan panggilan.
Kacau betul la
bateri ni.Aku baru je nak bergayut dengan mama.Ini la masalahnya dengan handphone BlackBerry mesti bateri cepat habis.Nama
je smartphone tapi bateri hampeh!Tapi
best jugak sebenarnya pakai BlackBerry ni walaupun bateri cepat habis.Bebel
Nur Alia sambil mencari charger handphonenya.
Selepas Nur Alia
mengecas handphone,dia duduk
termenung diatas katil seperti orang bingung.Nur Alia mencari sesuatu didalam
bilik untuk melepaskan bosannya.Mata Nur Alia tertumpu pada kamera DSLR
miliknya.Dia mengambil kamera tersebut lalu melihat gambar didalam kamera itu.
Cantik Pulau
Langkawi ni,kalau ada rezeki aku nak pergi sana lagi bawa mama dan abah pula.Senyum
Nur Alia melihat gambar yang diambil ketika berada di Pulau Langkawi.Sedang dia
leka melihat gambar, ada satu gambar membuatkan hati Nur Alia kembali
panas.Gambar Syafiq Rizal dan Nur Alia semasa di Dataran Lang.
Kenapa aku panas
hati eh bila tengok gambar ni?Mungkin sebab aku sakit hati tengok Rizal dan
Marisa di kedai Body Shop tadi ke?Syafiq Rizal… kenapa kau perlu hadir dalam
hidup aku.Tak sangka aku akan dapat jumpa kau lagi abang Riz.Aku ingat lepas
habis persekolahan aku tak akan jumpa kau lagi.Tapi lain pula jadinya
sekarang.Tup… tup… aku jadi isteri kau.Macam dalam mimpi kan?macam drama pun
ada.Tetapi ini semua realiti.Aku mengaku dulu aku pernah suka dan ada hati pada
kau Syafiq Rizal.Tapi siapa la aku ni bagi kau.Kau seorang abang senior yang
sangat diminati oleh kalangan pelajar perempuan di sekolah dulu.Aku pula bukan
la seorang yang lemah lembut,manja,pandai mengambil hati seperti perempuan yang
lain.Mana mungkin kau akan suka dan jatuh hati pada aku.Sekarang aku terikat
dengan kau Syafiq Rizal.Aku di antara suka atau sayang pada kau.Aku sendiri
tidak tahu perasaan aku sekarang.Lebih baik aku biarkan sahaja perasaan suka
ini.Aku akan hidupkan kembali perasaan suka ini seperti aku suka pada kau di
zaman persekolahan dulu.Kata orang bila kita suka seseorang tu mungkin nanti
akan timbul perasaan sayang.Ya… aku mengaku memang aku sayangkan kau Syafiq
Rizal.Tetapi lebih baik aku hanya pendamkan sahaja.Aku takut perasaan sayang
ini hanya sia-sia disebabkan kau masih lagi sayangkan Marisa,bekas tunang kau
itu.Aku tidak mahu cinta aku tidak dibalas untuk kali kedua.Biarlah aku
pendamkan sahaja rasa sayang aku ini pada kau Syafiq Rizal.Biar aku hanya suka
dari aku sayang pada kau.Aku tidak mahu kecewa lagi.
Nur Alia
merenung gambar Syafiq Rizal.Tiba-tiba air mata Nur Alia menitis kerana menahan
perasaannya.Syafiq Rizal tidak tahu bahawa Nur Alia menyimpan perasaan padanya
sejak di bangku sekolah lagi.Nur Alia juga sebenarnya tidak tahu bahawa Syafiq
Rizal juga menyimpan perasaan pada Nur Alia sejak di bangku sekolah.Mereka
masing-masing mempunyai rasa yang sama cuma mereka takut untuk mengakuinya.
Tiba-tiba pintu
bilik Nur Alia terbuka,kelihatan Syafiq Rizal disitu. “Lia awak ada nampak tak
T-shirt saya?Ehh awak menangis ke Lia?” Syafiq Rizal meluru kearah isterinya.Pantas
Nur Alia menyeka air matanya.
“Saya rindukan
mama dan abah.” Tipu Nur Alia.
“Laa… kenapa tak
beritahu saya awal-awal.Awak pergi bersiap.Lepas Maghrib kita pergi melawat
mama dan abah okey.” Senyum Syafiq Rizal memandang wajah isterinya.
“Lain kali jela Rizal.Mesti
awak penat kan.Pergi la berehat dulu,awak tu baru je balik dari Melaka,”
“Tak apa la
Lia.Saya tak penat pun.Kejap lagi kita pergi ye.” Senyum Syafiq Rizal sambil
memegang bahu isterinya.
“Okey,awak pergi
la mandi dulu,”
Syafiq Rizal hanya
mengangguk lalu keluar dari bilik Nur Alia.Nur Alia melepaskan satu keluhan. Why you so caring about me Syafiq Rizal,why… Ngomel hati Nur Alia.Nur Alia
melangkah lemah menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
No comments:
Post a Comment