Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 49)


BAB 49

“Rizal kenapa you nampak macam tak happy je,kenapa ni sayang?” Tanya Marisa.

“I dah buat salah pada Alia.Gambar tu cuma salah faham.” Keluh Syafiq Rizal.

“Tapi kan gambar yang you dapat tu terang-terang tunjuk Alia dan Hakimi beli cincin.Kenapa you pula yang salah.” Marisa mengerutkan dahinya.

“Gambar tu cuma salah faham Marisa,salah faham!I menyesal halau Alia keluar rumah dan biarkan dia sedih disebabkan perbuatan I,

“Oh yeke… so sekarang apa you nak buat Riz?”

I try call dan SMS Alia,tapi langsung dia tak jawab.I rasa dia dah tawar hati pada I.”Syafiq Rizal meraup mukanya.

“Riz… kalau Alia tak ada,I sentiasa ada untuk you sayang.” Manja suara Marisa memujuk Syafiq Rizal.

Syafiq Rizal mencuba lagi menelefon Nur Alia.Berkali-kali dia menelefon,tetapi Nur Alia tidak menjawab.Dia mencuba lagi,tiba-tiba panggilannya di jawab Nur Alia.Syafiq Rizal merayu kepada isterinya.

“Lia… Lia maafkan abang.Abang dah tahu semuanya Lia…”

“Bagus la kalau dah tahu,”

“Lia balik rumah sayang… abang rindukan Lia.Please balik…”

“Balik? Tak tahu lagi bila saya akan balik,”

“Lia jangan tinggalkan abang lagi…ye abang salah.Abang terima apa yang Lia nak buat dekat abang.Lia nak pukul ke nak tumbuk ke,abang rela.Please balik Lia…”

“Lia tak tahu bila Lia boleh balik.Okey la assalamualaikum.” Nur Alia menamatkan panggilan.Syafiq Rizal terpinga-pinga mendengar jawapan dari Nur Alia.

“Alia!!” Jerit Syafiq Rizal di dalam bilik pejabatnya.

“Sabar Riz… perempuan tu tak sayang dan cintakan you.You kena faham kenapa dia buat you macam ni.” Marisa masih lagi disitu cuba memujuk Syafiq Rizal.

“Keluar Marisa keluar!” Syafiq Rizal hilang sabar lalu menengking Marisa.Marisa terkejut dengan kelakuan Syafiq Rizal itu lalu Marisa keluar dari bilik Syafiq Rizal dalam keadaan marah.

Tak guna kau Alia!Jangan ingat kau boleh balik pada Rizal.Rizal milik aku!Marisa merengus geram didalam hati.

“Lia okey tak?Kenapa menangis ni.” Tegur Aisya.

“Tadi Rizal call Lia.Dia minta maaf dan suruh Lia balik.Dia cakap dia rindukan Lia.Tapi Lia tak percaya dia rindukan Lia,padahal dia selalu keluar dengan Marisa.Mana mungkin dia boleh rindukan Lia.Lia dapat rasa Rizal hanya pergunakan Lia.” Nur Alia menangis dibahu Aisya.

“Ya Allah Lia,tak baik fikir macam tu pada Rizal.Mungkin betul dia rindukan Lia.Bagi la dia peluang sekali lagi Lia,”

“Lia tak tahu nak buat keputusan lagi kak… Lia tak tahu apa yang Lia rasa sekarang,”

“Kalau Lia sayangkan Rizal,Lia balik la pada dia okey?Dah jangan menangis…” Senyum Aisya sambil mengesat air mata Nur Alia.

“Lia tak tahu kak…”

“Shh dah la tu.Alamak Lia!Mama Lia datang,cepat lap air mata tu nanti mama tanya apa pula.” Kelam kabut Aisya.

“Ehh Lia kenapa lama sangat Lia kerja di butik mama ni?” Puan Lisa mengerut dahinya pelik kerana Nur Alia masih bekerja di butiknya.

“Errr… Lia ambil cuti lagi seminggu mama.” Kata Nur Alia tanpa melihat Puan Lisa.Dia tidak mahu Puan Lisa perasan matanya bengkak kerana menangis.

“Pelik la mama tengok Lia ni.Lia ada masalah dengan Rizal ke?”

“Kami okey je mama…”

“Lia pandang mama,mama tanya Lia ni.” Puan Lisa memusingkan badan Nur Alia berhadapan dengannya.

“Haa... tu mata bengkak sebab menangis la ni kan?Kenapa ni Lia,cuba cerita pada mama.” Sayu suara Puan Lisa.

“Betul Lia okey mama,lagipun masalah kami dah selesai cuma Lia nak rehat kejap.Lepas tu Lia masuk office balik.Mama jangan risau ye.” Senyum Nur Alia sambil memaut bahu Puan Lisa.

“Lia… kalau Lia ada masalah dengan Rizal,bincang la baik-baik.Jangan dibiarkan masalah tu melarat.Dalam rumahtangga ni,Lia kena banyak bersabar.Tak semestinya rumahtangga kita sentiasa indah pasti ada masalah.Jadi Lia kalau ada masalah dengan Rizal bincang baik-baik jangan dibiarkan macam tu je.Nanti lain pula jadinya.Faham tak mama cakap ni sayang?” Panjang Puan Lisa menasihati anaknya.

“Iye mama Lia faham,Mama jangan risau okey.” Senyum Nur Alia.

“Baguslah  kalau faham,dah jangan menangis nanti mama pun menangis.” Seloroh Puan Lisa.

“Mama nak menangis jugak?Jangan mama,nanti mata mama bengkak kalau abah nampak nanti abah lari tau.” Nur Alia menyakat Puan Lisa.

“Ehh budak ni nak menyakat mama pula dia.Lia malam esok ajak Rizal datang rumah mama kita makan malam sekali,”

“Hmm… inshaAllah mama.” Senyum Nur Alia.Dia tidak tahu apa yang perlu dia buat sekarang.Jika dia tidak datang makan malam di rumah Puan Lisa pasti kecil hati mamanya.Nur Alia terpaksa juga mengajak Syafiq Rizal pergi kerumah Puan Lisa pada malam esok.

Nur Alia sedang membaca majalah sambil menunggu stok barang yang akan sampai di butik datang pada hari itu.Nur Alia menyelak muka surat majalah Wanita itu sehelai demi sehelai.Macam-macam info ada di dalam majalah itu.Ketika Nur Alia sedang membaca majalah,telefon bimbitnya berdering.Tertera nombor yang tidak dikenali Nur Alia.Dia mengerut dahinya lalu menjawab panggilan tersebut.

Hello siapa ni?” Tanya Nur Alia.

“Hai Lia,”

“Ye saya Alia.Siapa yang bercakap ni?” Nur Alia bertanya lagi.

“I Marisa.You free tak sekarang?I nak jumpa you kejap.”

“Oh awak Marisa.Okey boleh,”

“Jumpa you dekat OldTown.Bye.” Marisa menamatkan panggilan.Nur Alia terpinga-pinga mendapat panggilan dari Marisa.

Kenapa dia nak jumpa aku?Macam ada sesuatu yang tak kena je.Ngomel Nur Alia.Nur Alia bergegas meninggalkan butik Puan Lisa lalu pergi berjumpa dengan Marisa.Aisya pelik melihat gelagat adik angkatnya itu.Nur Alia terus keluar tanpa memberitahu Aisya.

“Hai Marisa.” Nur Alia menyapa Marisa yang sedang termenung jauh.Kelihatan muka Marisa seperti baru lepas menangis.

Dia ni kenapa macam baru lepas menangis je.Ada apa-apa yang terjadi dekat Rizal ke sampai buat dia ni menangis.Ngomel hati Nur Alia.

“Hai Lia.Thanks sebab datang jumpa I.” Sayu suara Marisa.

“Kenapa awak nak jumpa saya?”

“Ada benda I nak bincang dengan you Lia.” Marisa memandang wajah Nur Alia di hadapannya.

“Apa yang awak nak bincang kan?”

“Hmm... fasal Rizal.My ex boyfriend and my ex fiance.Tapi sekarang dia dah jadi husband you.” Ujar Marisa.

“Okey fasal Rizal.Kenapa dengan dia?” Jantung Nur Alia berdegup kencang ketika itu.Dia tidak tahu apa yang ingin Marisa beritahu mengenai Syafiq Rizal.

I want him to be my husband.But Rizal tak nak,”

Kalau nak Rizal jadi suami kau,kenapa mesti jumpa aku.Aku bukannya Tok Kadi nak angkat nikah untuk korang.Kalau dah rasa nak kahwin tu,pergi jela.Jumpa aku buat apa!Rengus hati Nur Alia.

“Huh?So awak nak suruh saya buat apa Marisa?” Nur Alia terkejut dengan kata-kata Marisa.

“Okey la biar I berterus terang je.Sebenarnya I masih cintakan Rizal.I tahu Rizal masih cintakan I.I dapat lihat Rizal terlalu ambil berat fasal I sejak hubungan you dengan Rizal mula retak disebabkan gambar you dengan ex boyfriend you.Tapi sekarang,Rizal dah dapat tahu kebenaran yang gambar tu cuma salah faham.I sedih sangat sebab Rizal makin jauh dengan I lepas dia tahu kebenaran.I love him.” Sebak Marisa.Nur Alia terkaku mendengar apa yang Marisa berkata.

Yes itu cuma salah faham.Saya dengan Kimi cuma berkawan.So apa awak nak sebenarnya ni Marisa?Saya tak faham,”

“I nak minta tolong you Lia.I nak Rizal kembali pada I.I terlalu sayangkan dia.Mungkin apa yang I beritahu ni memang tak masuk akal sebab Rizal tu suami you.But please help me Lia.I need him.” Marisa seakan merayu.Dia memegang tangan Nur Alia.

Dia ni macam bersungguh je nak dekat Rizal balik.Tapi kenapa mesti nak merayu dekat aku.Pergi la merayu dekat Rizal.Kesian pula aku tengok Marisa ni.Ngomel hati Nur Alia.

“Kenapa awak tak minta Rizal berkahwin dengan awak je Marisa?”

“Banyak kali I beritahu Rizal.Mula-mula dia setuju nak kahwin dengan I lepas dia ceraikan you.Tapi sekarang lain pula jadinya.Bila Rizal dapat tahu kebenaran mengenai gambar tu,Rizal ubah fikiran.Dia semakin jauh dari I.I rasa macam dipergunakan oleh Rizal.Sebelum ni dia pernah cakap nak bernikah dengan I.But now semuanya musnah.” Marisa menyeka air matanya.

“Tak apa,nanti awak bincang la dengan Rizal semula ye.Lagipun sekarang saya macam dah tawar hati dengan Rizal tu selepas apa yang dia buat dekat saya sebelum ni.Awak bincang baik-baik dengan dia.InshaAllah semua akan berjalan dengan lancar.” Senyum Nur Alia memandang Marisa dihadapannya.Nur Alia kesian melihat Marisa.Marisa seperti dipergunakan oleh Syafiq Rizal.Nur Alia perlu banyak bersabar ketika itu.Di dalam hatinya,dia tidak mahu berkongsi kasih sayang Syafiq Rizal bersama perempuan lain.Tetapi jika melihat keadaan Marisa,Nur Alia menjadi serba salah.Sebelum ini memang Syafiq Rizal dan Marisa pernah bercinta dan bertunang.Nur Alia merasakan dirinya seperti merampas kebahagian Marisa.Selepas ini,Nur Alia perlu melepaskan Syafiq Rizal.

Thank you so much Lia.I hargai semua pertolongan dari you.Oh Lia,I need to go now.I ada hal lepas ni.Nanti kita jumpa lagi.” Marisa meminta diri lalu beredar meninggalkan Nur Alia di situ.Ketika Marisa di dalam kereta,Marisa tersenyum  puas.


Bodoh punya perempuan,cepat sangat kesiankan orang.Baru puas hati aku.Aku harap Alia minta cerai dari Rizal.Tak lama lagi Rizal akan jadi milik aku!Habis make up aku yang cantik-cantik ni.Terpaksa menangis pula tadi.Ngomel Marisa sambil membetulkan solekkannya di cermin.

No comments:

Post a Comment