BAB 43
Marisa berjalan
menuju ke bilik pejabat Syafiq Rizal.Marisa memandang Syafiq Rizal sedang
termenung memikirkan sesuatu.Marisa menghampiri Syafiq Rizal dengan lenggok
yang menggoda.
“Riz are you okay?” Tanya Marisa yang berdiri disebelah Syafiq Rizal.
“Marisa patut ke
I buat macam ni pada Alia?”
“Apa yang you buat pada dia?I tak faham.” Marisa mengerut dahinya sambil bermain-main tali leher
yang dipakai Syafiq Rizal.
“Adakah semua ni
salah I?Tapi bila I pandang muka Alia, I rasa sakit hati sebab gambar tu!” Syafiq
Rizal meraup wajahnya.
“Gambar apa yang you maksudkan Rizal?”
“I dapat MMS
gambar Alia dan Hakimi kekasih lama Alia dari someone.” Ujar Syafiq Rizal memandang Marisa.
“I see… sebab tu you jadi macam ni
ye.Sayang… sebelum you berkahwin dengan Alia
mesti didalam hati Alia masih simpan rasa cinta pada Hakimi kan?So now mungkin Alia akan kembali pada
Hakimi semula?You kena faham bila pasangan kekasih ni terpisah Riz.Mesti
diorang nak bersatu kembali macam kita juga.” Senyum Marisa pada Syafiq Rizal.Marisa
ingin mengambil peluang ini untuk dapatkan Syafiq Rizal.
“I tak tahu
Marisa… I tak tahu!” Tinggi nada suara Syafiq Rizal.
“Bertenang Riz…
I sentiasa ada disamping you sayang.I love you…” Manja suara Marisa berbisik di telinga Syafiq Rizal.Marisa
membelai rambut Syafiq Rizal untuk menenangkan Syafiq Rizal.Syafiq Rizal hanya
membiarkan Marisa melakukannya.
Ramai orang
disekitar tasik Shah Alam pada petang itu.Ada yang berjoging
berseorangan,berjoging bersama pasangan masing-masing,ada juga sedang
merekatkan diri.Ada juga pasangan kekasih yang sedang berjalan mengelilingi
tasik.Hati Nur Alia tersentuh memandang pasangan kekasih itu.Pantas ingatan Nur
Alia mengingat kembali kenangan dia dan juga Syafiq Rizal di Pulau Langkawi.Nur
Alia mengalihkan pandangannya.Dia tidak mahu menangis lagi.Ketika dia asyik menyaksikan
sekeliling tasik itu, dari jauh Amirul Fahmi memandang Nur Alia berseorangan
disitu.
“Hai Lia sorang
je?Rizal mana?” Tanya Amirul Fahmi.
“Ehh Fahmi buat
apa dekat sini?”
“Petang macam ni
memang saya selalu datang sini untuk joging.Nak mengeluarkan peluh barulah
sihat.” Senyum Amirul Fahmi memandang wajah Nur Alia.
“Betul tu…”
“Alia saya nak
tanya awak sikit boleh?”
“Apa yang awak
nak tanya Fahmi…tanya lah,”
“Hmm awak dan
Rizal ada masalah ke?”
“Cuma salah faham
je Fahmi nanti okey la.” Senyum Nur Alia.Dia tidak pasti perlukah dia
menceritakan pada Amirul Fahmi.
“Salah faham?”
“Sebenarnya
Rizal marah pada saya sebab ternampak gambar saya sedang beli cincin dengan
Hakimi.Tapi Kimi nak beli cincin tu untuk Liana.Saya nak jelaskan pada Rizal
tapi dia tak nak dengar langsung.” Akhirnya Nur Alia menceritakan juga.
“Macam tu ke
ceritanya.Patut la bila saya tanya Rizal fasal awak,Rizal macam nak tak nak je
jawab soalan saya.Awak bersabar ye Lia.Biasalah lelaki ni ego sikit,tapi saya
tak.” Sengih Amirul Fahmi.
“Kenapa pula
awak tak ego?Awak bukan lelaki eh?”
“Apa awak ingat
saya ni pondan atau pun orang sekarang panggil ‘mak nyah’?” Amirul Fahmi ingin
membuat Nur Alia tersenyum.
“Hehe macam-macam
awak ni Fahmi.” Kelihatan Nur Alia tersenyum mendengar kata-kata Amirul Fahmi
itu.
“Haa kan sweet kalau awak selalu senyum Lia.Saya
suka tengok awak senyum Lia.Macam dah terjatuh hati pula,”
“Ehh ada-ada
jela awak ni.Fahmi macam mana projek Chalet
di Pantai Cenang tu?” Tanya Nur Alia.
“Alhamdulillah
pembinaan Chalet dekat sana berjalan lancar.Mungkin
saya akan stay sana kejap.Kalau awak
nak pergi sana pun boleh tapi kena minta izin dengan Rizal dulu.Nanti tak
fasal-fasal saya kena marah dengan dia,”
“Oh yeke InshaAllah
Fahmi kalau saya ada masa saya akan pergi sana,”
“Okey Lia nanti
kalau ada apa-apa hal contact saya
ye.Saya minta diri dulu,nanti kita jumpa lagi.” Amirul Fahmi meminta diri lalu meninggalkan
Nur Alia disitu.
Sambil Nur Alia
melihat Amirul Fahmi yang sudah jauh pergi dari situ,Nur Alia tersenyum
berseorangan apabila berjumpa Amirul Fahmi.Dia sangat senang dengan perwatakkan
Amirul Fahmi.
Setelah sampai
dirumah,Nur Alia meluru masuk lalu duduk disebelah Aisya yang sedang mengadap
laptop.
“Baru balik
Lia?” Tanya Aisya memandang Nur Alia yang sudah terlelap disebelah Aisya.
“Iyee kak...”
“Ni kenapa
sengih-sengih je?Jumpa pakwe baru?” Aisya mengusik adik angkatnya.
“Ehh ada-ada je
akak ni.Tadi Lia jumpa Fahmi.” Nur Alia membuka tudungnya lalu menyisirkan
rambut dengan jari.
“Patut la happy je...”
“Akak tahu
tak,bila Lia jumpa Fahmi kan hati Lia rasa lain macam.Kenapa eh?” Nur Alia
bertanya kepada Aisya.
“Hah sudah, Lia
jatuh hati dengan Fahmi ke?Kalau si Rizal tahu memang mengamuk la,”
“Kesitu pula
akak ni.Lagipun Fahmi tu adik Rizal la kak.Lia tak rasa pun Rizal tu nak
mengamuk.Dia dah ada Marisa.Buang masa je dia nak marah Lia sebab keluar dengan
lelaki lain.Rasanya lagi dia suka kut.” Ujar Nur Alia.
“Tapi Fahmi tu
kan bukan adik kandung Rizal?Fahmi tu anak angkat Dato Kamal dengan Datin
Fauziah je.So apa yang Lia nak
takutkan sangat?”
“Akak… Lia
dengan Fahmi cuma kawan jela.Fahmi tu baik orangnya.Tapi Lia tak akan
senang-senang nak jatuh cinta dekat dia.Lagipun Fahmi tu anggap Lia macam kawan
dia juga.” Nur Alia menerangkan isi hatinya.
“Eleh mana tahu,satu
hari nanti korang bercinta macam mana?” Tanya Aisya.
“Uish akak
ni,tak mungkin lah!Lia nak mandi kejap.Akak buat lah keje tu okey.” Nur Alia
meninggalkan Aisya di situ seorang diri.
No comments:
Post a Comment