Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 28)


BAB 28
Kelihatan begitu ramai orang di Dataran Lang.Tidak kira pelancong dalam Malaysia atau luar dari Malaysia mengunjungi Dataran Lang,untuk menangkap gambar replika burung helang itu dan disekitar Dataran Lang.

“Ya Allah ramainya orang awak.Bukan cuti sekolah pun masih ramai pelancong yang datang ye.” Nur Alia terkedu melihat pelancong yang begitu ramai memenuhi Dataran Lang.

“Pulau Langkawi ni tak kira cuti sekolah ke,cuti umum ke,apa-apa cuti sekali pun memang ramai yang datang Pulau Langkawi Lia.Ini belum ramai lagi sebenarnya kalau cuti sekolah memang penuh Dataran Lang ni.Bukan setakat Dataran Lang je semua tempat di Langkawi ni ramai dengan pelancong.” Ngomel Syafiq Rizal.

“Ooo... yeke awak.Nasib baik kita tak datang masa cuti sekolah kan.Rizal jom tolong tangkapkan gambar saya dekat replika burung helang tu.” Tiba-tiba Nur Alia menarik tangan Syafiq Rizal dan menuju ke kawasan replika burung helang.
Terujanya minah ni sampai tak sabar-sabar nak tangkap gambar.Bukannya burung helang tu nak terbang pun.Lia... Lia... ngomel Syafiq Rizal didalam hati.

“Senyum pendek!1... 2... 3... okey!” Syafiq Rizal separuh menjerit.

“Awak shhh!” Nur Alia membuat isyarat menyuruh Syafiq Rizal menutup mulutnya.

“Apa??”
Nur Alia meluru mendapatkan Syafiq Rizal. “Awak ni,saya malu tau!”

“Uik kenapa awak nak malu Lia?Saya salah tangkap gambar awak ke?Okey je gambar awak ni,nah cuba tengok.” Syafiq Rizal memberi kamera kepada Nur Alia.

“Grrr... kenapa awak jerit pendek tadi!Tahu tak ada orang gelakkan saya bila awak panggil saya pendek,”

“Huh?Laaa... sebab tu je?Hahaha!” Berdekah-dekah tawa Syafiq Rizal.

“Ishh... gelak pula!Malas la melayan awak ni buat sakit hati je.Jom la balik.” Kata Nur Alia sedikit merajuk.

“Sikitnya  awak bergambar Lia.Tak menyesal ke?Dah tak nak tangkap gambar dekat Dataran Lang ni?Bukan senang nak dapat peluang macam ni Lia.” Sengih Syafiq Rizal melihat wajah Nur Alia yang masam mencuka itu.

“Jom balik!”

“Marah betul awak ni.Ehh sebelum balik kita tangkap satu lagi gambar.” Syafiq Rizal mencari seseorang untuk menolong menangkap gambar Syafiq Rizal dan Nur Alia.
Syafiq Rizal berlari anak mendapatkan Nur Alia dan berdiri bersebelahan isterinya. “Alia senyum ye... ” Syafiq Rizal membisik di telinga isterinya lalu merangkul pinggang Nur Alia.

Done!Cantik gambar ni pasangan yang romantik.” Senyum pelancong itu lalu memberi kamera kepada Syafiq Rizal.

Thanks sebab tolong tangkapkan gambar kami.” Kata Syafiq Rizal kepada pelancong itu.

“Cantik jugak gambar ni kan Rizal,”

“Ehh mesti la cantik.Tengok la siapa si handsome tu.” Sengih Syafiq Rizal.

“Eeee... perasan je.Poyo!Lepas ni kita nak pergi mana pula?”

“Poyo ke toyol ke yang penting saya ni suami awak.So awak kena terima la saya ni poyo ke toyol ke.Oh ye lepas ni saya nak bawa awak pergi satu tempat kejap,”

“Macam-macam la awak ni,awak nak bawa saya pergi mana Rizal?” Nur Alia mengerut dahi.

“Jangan banyak tanya ikut je okey,”

Ketika Syafiq Rizal dan Nur Alia ingin berlalu menuju ke kereta tiba-tiba ada seorang perempuan menegur Syafiq Rizal. “Hai Rizal!You pun ada dekat sini patut la I cari you dekat KL you tak ada.” Tegur Marisa pada Syafiq Rizal sambil tersenyum manja.

“Ehh Marisa you buat apa dekat sini?”

“I ada kerja sikit dekat Pulau Langkawi Rizal.You pula buat apa dekat sini.” Marisa memandang Nur Alia disisi Syafiq Rizal.

Apa hal dia ni pandang aku macam tak puas hati je.Apa masalah dia ni sebenarnya ada je dia tak puas hati dengan aku.Mungkin dia ingat aku ni terlalu rapat dengan Rizal dan nak menggoda Rizal agaknya?Huhh... please la aku bukan perempuan macam tu okey.Ngomel hati Nur Alia.

“I... i ada meeting sebenarnya dekat sini Marisa.” Jawab Syafiq Rizal sedikit gagap.

“Oh I see.You ada meeting Rizal.I ingat you dengan Alia honeymoon dekat sini,”

“Err yaa... yaa... kami honeymoon juga sebenarnya.I mean 2 in 1.Honeymoon and meeting.” Senyum Syafiq Rizal pada Nur Alia disisinya.

“Rizal saya tunggu awak dalam kereta ye.” Kata Nur Alia.Dia tidak selesa dengan situasi disitu.Mungkin Marisa  ingin berbual dengan Syafiq Rizal mengenai hal peribadi.

“You baru sampai Langkawi ke Marisa?” Tanya Syafiq Rizal.

Yes I baru sampai semalam Riz.You datang sini tak beritahu I pun,sampai hati you.” Marisa merengek pada Syafiq Rizal sambil melentokkan kepalanya dibahu Syafiq Rizal.

Dari jauh Nur Alia melihat gelagat mereka.Manja betul perempuan tu siap lentok bagai,yang Rizal pun satu confirm dia cair kan.Lelaki semua sama je.Tak kan la Rizal tu tak cair.Ngomel Nur Alia.

“Err... Marisa I have to go now lain kali kita jumpa lagi okey.” Syafiq Rizal menolak Marisa perlahan.

“Hmm okey Riz.” Ketika mereka sedang berbual ada seseorang berjalan disebelah Marisa lalu Marisa terus memeluk Syafiq Rizal.

“Ehh apa you buat ni Marisa!” Syafiq Rizal menolak Marisa dan kelihatan gelisah disitu.

Sorry Rizal,I tak sengaja nak peluk you.Ada orang tolak I tadi,im so sorry Riz.” Rayu Marisa pada Syafiq Rizal.Sebenarnya Marisa sahaja membuat terjatuh dan memeluk Syafiq Rizal.Dia mengambil kesempatan itu supaya Nur Alia cemburu melihat mereka sebegitu.

Nevermind,just forget about it.I pergi dulu.” Syafiq Rizal meninggalkan Marisa disitu seorang diri.Marisa melihat Syafiq Rizal yang berlalu pergi sambil tersenyum puas. “Padan muka kau Alia”.

Nur Alia yang berada didalam kereta melopong melihat adegan antara Marisa dan Syafiq Rizal itu.Kalau nak peluk sakan pun tak payah la dekat public.Ramai orang tengok tak tahu malu ke!Nur Alia merengus geram.Di dalam hatinya ada sedikit cemburu.

“Lia sorry buat awak tunggu lama dalam kereta,”

“Hmmm... ” Jawab Nur Alia.

“Awak okey tak ni?” Tanya Syafiq Rizal memandang Nur Alia yang sudah masam mencuka itu.

“Okey... jom la.Start enjin kereta tu,”

“Garangnya!Yela... yela jom saya bawa awak satu tempat special.Mesti awak suka.” Syafiq Rizal memandu laju menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Cenang.


No comments:

Post a Comment