Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 25)


BAB 25
Nur Alia tersenyum melihat gelagat budak-budak di kampung itu bermain bola.Ada yang terjatuh ada yang terbaring.Macam-macam gelagat Nur Alia melihat.Setiap petang itu sahaja aktiviti yang dia buat ketika berada di Pulau Langkawi.Semua orang yang datang Pulau Langkawi ingin melancong tetapi Nur Alia hanya duduk dirumah sahaja.



Nasib kau la Alia.Orang datang Langkawi nak berseronok,nak bercuti kau duduk je dekat rumah.Kalau aku tahu jalan dan tempat yang best dekat Pulau Langkawi ni,dah lama aku pergi.Ini semua mamat poyo tu punya fasal!Takut sangat aku ni hilang.Macam la aku ni budak kecil lagi.Pandai-pandai la aku jaga diri.Keluh Nur Alia.

“Kak Lia mengeluh pasaipa ni?” Tegur Muaz kepada Nur Alia yang tiba-tiba datang dari arah belakang.Muaz adalah anak Pak Ngah dan Mak Ngah Syafiq Rizal.Ketika Syafiq Rizal tiada dirumah Muaz yang banyak temankan Nur Alia bersembang.

“Akak bosan la Muaz,tak tahu nak buat apa,”

“Kesian dekat akak noh.Jom Muaz bawa akak pi pantai mau dak?” Tanya Muaz.

“Hah okey  juga tu Muaz.Akak memang nak pergi pantai sangat jom la.” Nur Alia teruja dengan pelawaan Muaz itu.

Muaz membawa Nur Alia pergi ke Pantai Cenang.Kelihatan ramai pelancong berada disitu.“Ramainya orang Muaz.” Ujar Nur Alia sambil melihat sekeliling pantai itu.

“Ini belum cuti sekolah lagi kak.Nanti kalau cuti sekolah lagi ramai orang.Jom la kita pi dok kat bawah pokok tu kak,teduh sikit.” Ajak Muaz.

“Cantik juga pantai ni kan Muaz,”

“Mesti la kak.Pantai Cenang ni popular juga.Ramai yang mai sini.Macam-macam aktiviti boleh buat,tu akak nampak tu Banana Boat pun ada.Akak takmau naik ka?” Muaz menunding jarinya di tengah pantai.

“Uik akak teringin juga nak naik tapi,kita tunggu abang Rizal dulu ye.Lagipun akak tak bawa baju nanti kang basah habis baju akak,”

“Kali ni abang Rizal balik kampung dia tak mai sini lagi.Selalu kalau dia balik rumah Tok Piah petang macam ni abang Rizal akan mai lepak kat sini.Abang Rizal suka tengok sunset kat sini kak.” Kata Muaz sambil membaling batu.

“Oh yeke... selalu dia lepak sorang ke dengan kawan-kawan dia?”

“Selalu dia mai lepak sorang ja kak.Biasa la layan perasaan sambil tengok sunset.” Sengih Muaz.

“Rajin eh dia datang sini semata mata nak tengok sunset.Abang Rizal tu garang tak Muaz?”

“Garang?Muaz rasa dia tak garang pun tapi bila dia ada masalah ka ada orang yang buat masalah dekat dia ka ,dia garang la.Kiranya dia akan marah orang tu,”

“Macam tu ke... biasalah tu kan kalau akak pun marah juga kalau ada apa yang tak kena.Muaz tahun ni SPM kan?Dah ready nak jawab nanti?” Senyum Nur Alia.

“InshaAllah kak ,kalau boleh Muaz nak bagi habis cepat sikit.Tak sabaq nak jawab SPM,”

“Haaa... rajin-rajin la study Muaz,untuk diri dan masa depan Muaz juga.”

“Beres akak,doakan Muaz nah.Muaz nak pi beli ayaq sat akak nak dak?” Tanya Muaz kepada Nur Alia.

“Boleh juga akak dahaga sangat ni,”

“Okey akak tunggu sini sat nah Muaz pi beli sat.” Muaz berlalu dari situ meninggalkan Nur Alia berseorangan.

Ya Allah cantik sungguh ciptaanMu aku dapat merasai ketenangan ketika ini.Sampai bila aku nak hidup macam ni ,berilah aku kesabaran untuk menjalani kehidupan aku sekarang.Aku cuma tunggu Rizal melepaskan aku sahaja selepas itu aku akan mencari kehidupan aku sendiri. Kadang-kadang aku berasa selesa bersama Rizal dan sangat senang dengan perangai Rizal yang mengambil berat dan bertanggungjawab.Tetapi ada juga perangai Rizal yang aku berasa cukup benci dan bosan.Nur Alia termenung jauh melihat pantai dan memikirkan kehidupan yang dia alami sekarang.Nur Alia bingung tentang perkahwinan antara dia dan Syafiq Rizal.

“Kak Lia!Jom balik dah petang sangat ni.Sat lagi Tok Piah bising pula.” Jerit Muaz memanggil Nur Alia.

“Okey akak datang!”

Nur Alia berlari anak mendapatkan Muaz yang tidak jauh daripada situ.Tiba-tiba Nur Alia tersepak batu  di atas tanah lalu jatuh tersungkur. “Aduh!”

“Ya Allah Kak Lia!” Muaz berlari mendapatkan Nur Alia dan menolong Nur Alia bangun.
“Akak okey tak ni?Ehh... lengan akak berdarah!Jom kita balik pi rawat luka ni.” Muaz memapah Nur Alia pulang ke rumah Tok Piah.

“Laaa... awat ni Lia!” Tok Piah cemas melihat keadaan Nur Alia.

“Alia jatuh tadi tok.Sikit je ni.Rasa pedih-pedih macam tu je.” Nur Alia membelek lengannya yang berdarah itu.

Mai sini tok sapu ubat.Sat lagi melarat pula luka tu.” Tok Piah membebel pada Nur Alia.Ketika Tok Piah sedang merawat Nur Alia,Syafiq Rizal baru pulang dari mesyuarat.

“Ehh... kenapa ni Lia?Lengan awak berdarah ni!” Syafiq Rizal membelek lengan isterinya dengan muka yang cemas.

“Saya jatuh tadi... sikit je luka,”

“Sikit awak cakap Lia?Awak pergi mana tadi?Keluar?Kan saya cakap jangan pergi mana-mana.Kalau nak pergi pun tunggu saya dulu nanti saya bawa awak.Tengok sekarang kan dah jatuh,dah luka.” Nada suara Syafiq Rizal kedengaran tegas dan keras.Syafiq Rizal masih lagi membelek lengan Nur Alia yang luka itu.

Hang marah Lia pasaipa Rizal.Dah dia nak jatuh nak buat macam mana.Hang tu mai sini sibuk sangat dengan kerja sampai Lia pun hang tak kisah dia seronok ka ,dia tak seronok ka dok kat rumah.Kesian tok tengok Alia teperuk ja kat rumah.Alang-alang Alia dah mai Langkawi mesti dia nak pi jalan-jalan.Hang pun satu,sibuk sangat dengan kerja sampai Lia pun hang tak ingat.Cuba hang pi bawa Lia jalan-jalan kat Langkawi,tak la dia nak jatuh macam ni.” Tok Piah sudah membebel  panjang pada Syafiq Rizal.

Nur Alia yang berada dihadapan Tok Piah melopong mendengar bebelan Tok Piah pada Syafiq Rizal.Muka Syafiq Rizal berubah selepas Tok Piah menegurnya.Syafiq Rizal sedar bahawa dia tidak pedulikan isterinya itu.Betul juga kata Tok Piah,Nur Alia tidak pernah datang ke Pulau Langkawi.Syafiq Rizal pula sibuk dengan projek Chalet disitu.Syafiq Rizal diselubungi rasa bersalah pada isterinya.

“Lia pi rehat dalam bilik dulu, sat lagi bagi kering luka tu baru pi mandi nah.” Ujar Tok Piah.

Nur Alia hanya mengangguk lalu bergegas ke bilik dan meninggalkan Tok Piah dan Syafiq Rizal disitu.Syafiq Rizal memandang Nur Alia dengan rasa bersalah lalu dia pergi ke beranda untuk mengambil angin.

“Rizal tok nak tanya hang sikit pasai hang dengan Alia,”


“Tok nak tanya pasai apa tu?”Syafiq Rizal mengerut dahi.Dia sudah berasa tidak selesa ketika itu.Dia risau jika Tok Piah sudah dapat tahu bahawa mereka sebenarnya datang Pulau Langkawi untuk berbulan madu.Tetapi mereka telah merancang datang ke Pulau Langkawi bukan untuk berbulan madu.

No comments:

Post a Comment