Wednesday, 10 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 60)


BAB 60
Gelang yang berada di genggaman Nur Alia ditenung lama.Akhirnya dia dapat juga membuka gelang itu dari pergelangan tangannya.Sambil Nur Alia melihat gelang tangan itu air mata Nur Alia tiba-tiba menitis,dia menyeka air matanya itu.Bagi Nur Alia tiada guna untuk dia menangis lagi.Dia tekad untuk meminta cerai dari Syafiq Rizal.
Tetapi setiap kali Nur Alia berniat untuk meminta cerai hati dia seperti memberontak.Nur Alia tidak pasti apakah maksudnya.Nur Alia meletakkan gelang tangan tersebut didalam sebuah kotak kecil lalu menyimpan kotak itu didalam laci.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

 “Ye Fahmi kenapa call saya?”

“Lia awak free tak petang ni?Ehh awak kenapa Lia,macam baru lepas menangis je?Awak okey tak ni?”

“Saya okey.Cuma selsema sikit.Saya free petang ni.Kenapa?”

“Oh selsema.Awak dah makan ubat?Saya baru nak ajak awak keluar joging tapi awak selsema pula,lain kali jelah,”

“Ehh sikit je selsema saya ni lagipun saya memang nak pergi joging.Dah lama saya tak joging,”

“Betul ni?Okey nanti petang saya ambil awak ye,”

“Okey Fahmi.Bye.” Nur Alia menamatkan panggilannya.Nur Alia terpaksa berbohong pada Amirul Fahmi bahawa dia selsema padahal dia baru sahaja lepas menangis memikirkan Syafiq Rizal.

Bosan pula sorang-sorang dekat rumah ni.Nak pergi butik macam malas je.Keluar kejap la.Nanti petang balik rumah terus pergi joging.Ngomel Nur Alia sambil bersiap untuk keluar.

Nur Alia memandu keretanya menuju ke Mid Valley seorang diri.Sampai sahaja disana Nur Alia blur apa yang ingin dibelinya di Mid Valley.Dia memang merancang untuk keluar tetapi jika dia keluar ke Mid Valley pasti dia akan membeli sesuatu.Lain la kalau Nur Alia keluar ke taman tema air,pergi taman bunga,pergi zoo tak ada la Nur Alia menghabiskan duitnya di tempat begitu.Tetapi sekarang Nur Alia berada di Mid Valley pasti dia akan membeli sesuatu.Mungkin 3 atau 4 beg plastik akan dia membawa pulang kerumah.Nur Alia cuba untuk menahan nafsu dari membeli barangan di Mid Valley.

Okey sekarang aku kena set dalam kepala otak aku yang aku tak akan beli barang apa pun dekat Mid Valley ni,window shopping only!Ngomel Nur Alia sambil berjalan menyusuri kedai-kedai didalam Mid Valley.

Ramainya orang beratur beli coolblog,dahaga pula rasanya tekak ni.Kalau minum coolblog time macam ni kan sedap.Nur Alia berjalan menuju ke kiosk coolblog lalu beratur didalam barisan.Sampai sahaja turn Nur Alia dia memesan Peach Smoothie lalu  menunggu di bahagian tepi.Ketika Nur Alia sedang menunggu,tiba-tiba ada seseorang menegurnya.

Hey Alia long time not see you girl.” Sinis teguran Marisa kepada Nur Alia.

“Oh hai…” Nur Alia hanya tersenyum.

Shopping ke?Sorang je?Kesian…” Perli Marisa sambil membuat muka.

“Yup saya sorang je.Banyak shopping ?Tak ada orang nak tolong bawakan barang yang awak beli ke?Kesian kan kena bawa sorang-sorang.” Selamba  Nur Alia membalas kata-kata Marisa sambil memandang beg plastik di tangan Marisa.

What??Hey I datang sini dengan kawan I .Dia tunggu I dekat parking lot.So terpaksa la I bawa sorang,”

Really?Pity you Marisa… oh yaa saya rasa awak yang patut lagi kesian rasanya.Nak tahu kenapa?Saya datang sini cuma beli coolblog ni je,tapi awak datang sini terpaksa bawa beg plastik yang banyak ni.Ops satu lagi saya  nak nasihatkan awak,bawa barang tu baik-baik ye,takut patah pula jari awak  yang cantik tu.” Perli Nur Alia lalu meninggalkan Marisa yang sudah panas hati mendengar kata-kata dari Nur Alia.

“Berlagak ye kau dengan aku sekarang.Kau akan menyesal Alia!” Rengus Marisa lalu bergegas menuju ke tempat kereta.

Haa kan dah kena sebijik dengan aku.Apa dia ingat aku ni tak ada perasaan ke selalu nak mengutuk aku.Ngomel hati Nur Alia sambil berjalan menuju ke keretanya.

“Lia pergi mana tadi?” Tanya Aisya kepada Nur Alia.

“Ehh akak tak pergi butik ke?”

“Akak pergi tadi.Akak balik rumah kejap ambil barang.Akak sampai rumah je kereta Lia tak ada,”

“Oh yeke… Lia keluar jalan-jalan Mid Valley kejap tadi.” Kata Nur Alia sambil membuka tudungnya.

“Jalan-jalan je?Kenapa tak shopping?”

“Malas la kak.Minggu lepas Alia baru je shopping.Nak jimat pula lepas ni,”

“Iyelah tu nak jimat,okey la akak nak pergi butik dulu.Nanti kalau ada apa-apa contact akak tau.” Aisya meluru keluar.Nur Alia mengekorinya dari belakang.

“Akak kejap lagi Lia nak pergi joging dengan Fahmi!” Jerit Nur Alia kepada Aisya yang sudah berada di dalam kereta.

Okay have a nice day!” Jerit Aisya kembali.

Pada petang itu Nur Alia bersiap untuk keluar berjoging bersama Amirul Fahmi.Kedengaran telefon bimbitnya berbunyi.

Hello… Awak dah sampai ke Fahmi?”

 “Yup ada depan rumah dah,”

“Awalnya,okey kejap.” Nur Alia menamatkan panggilan lalu bergegas memakai sport shoes dan mendapatkan Amirul Fahmi di dalam kereta.

“Awalnya awak Fahmi.” Ujar Nur Alia memakai seat belt.

“Awal tak apa Lia,jangan lambat.Kalau lambat confirm kena potpet!” Senyum Amirul Fahmi.

“Kena potpet?Siapa potpet?” Nur Alia mengerutkan dahinya.

“Iye potpet,awak tak tahu ke potpet tu apa?Potpet tu membebel,”

“Err saya tahu la potpet tu membebel.Saya tanya awak siapa yang potpet?”

“Awak la…” Sengih Amirul fahmi melihat muka Nur Alia.

“Suka hati awak je eh mengata saya.” Cebik Nur Alia.

“Saya gurau je,senyum sikit!” Usik Amirul Fahmi.Nur Alia tersenyum mendengar usikan Amirul Fahmi padanya.

Amirul Fahmi dan Nur Alia sampai di tasik Shah Alam.Begitu ramai orang disana. “Okey jom Lia,4 round okey?” Tanya Amirul Fahmi.

“Hah 4 round?err…”

“Kenapa?”

“Saya macam tak boleh je nak 4 round tasik ni Fahmi,”

“Haha… nevermind saya tak paksa.Ikut setakat awak mampu nak joging okey?”

“Okey!jom.” Ajak Nur Alia.Setelah mereka berjoging  2 pusingan  di tasik itu kelihatan Nur Alia sudah kepenatan.Dia biarkan sahaja Amirul Fahmi mendahuluinya di hadapan.

“Fahmi awak habiskanlah 4 round ye… saya dah penat.” Kata Nur Alia tercungap-cungap.Amirul Fahmi sudah berada di hadapan.Dia melihat Nur Alia keletihan dibelakang lalu Amirul Fahmi mendapatkan Nur Alia.

“Serius?Awak okey tak ni?Kalau awak penat, berehat dulu ataupun kita balik?”

“Ehh tak apa,awak habiskan 4 round dulu lepas tu kita balik ye.” Ujar Nur Alia sambil meneguk air mineral.

“Okey awak tunggu saya dekat bawah pokok sana ye.” Ujar Amirul Fahmi lalu menyambung semula lariannya.Nur Alia berjalan mengelilingi tasik lalu duduk dibawah pokok berhampiran tasik itu.Sebenarnya Syafiq Rizal juga berada di tasik itu untuk berjoging,tetapi niatnya terbantut kerana ternampak Nur Alia dan Amirul Fahmi berada di situ juga.Syafiq Rizal hanya melihat gelagat mereka berdua.Dia ingin pergi menegur Nur Alia.Bila dia berjalan menuju ke arah isterinya,Amirul Fahmi sudah berada disitu lalu mereka pulang kerumah.Syafiq Rizal merengus geram pada.Pada masa yang sama dia sangat cemburu dengan adiknya itu.

“Semak betul Fahmi ni!Aku baru nak berbaik dengan Alia,dia pula sibuk!” Syafiq Rizal mengetuk meja.

“Hoi kau ni pehal Rizal?” Mona yang baru sahaja sampai di kedai mamak menegur sepupunya.

“Kau ni tak reti nak bagi salam ke?Aku tengah bengang dengan Fahmi ni.Apa yang dia nak dekat Alia sebenarnya?” Syafiq Rizal bertanyakan soalan itu kepada Mona.

“Ishh kau ni Rizal,macam kau tak boleh nak fikir kenapa Fahmi semakin rapat dengan Alia.Kau sendiri pun tahu kan,Alia dengan kau dah makin menjauh.So,Alia perlukan someone untuk keluar,untuk enjoy,untuk kongsi cerita dia.Kalau dia nak cari Hakimi,mustahil la sebab Hakimi dah kahwin.So now Fahmi jela boleh jadi kawan baik Alia.” Panjang lebar Mona menerangkan kepada Syafiq Rizal.

“Pandai kau bercakap eh Mona.Tapi kalau nak kawan pun agak-agak la.” Rengus Syafiq Rizal.

“Maksud kau?Aku rasa kau ni jealous dengan Fahmi kan?” Mona menduga.

“Ehh buat apa aku nak jealous dengan dia pula.Aku cuma pelik je kenapa diorang makin rapat.” Syafiq Rizal cuba menafikan perasaannya.

“Eleh kau ni poyo kau tahu tak.Kalau dah jealous tu cakap je jealous,tak payah nak sorok.Aku rasa diorang kawan jela Rizal.Mustahil Fahmi sanggup rampas Alia dari kau.” Mona menyedut air sirap dihadapannya.

“Tapi kalau tengok keadaan aku dan Alia sekarang,aku rasa Fahmi sanggup buat apa saja kau tahu tak.Silap hari bulan Alia jadi milik Fahmi!” Marah Syafiq Rizal mengetuk meja.

“Kau nak marah pun tak payah la sampai ketuk meja ni!Cuba kau bawa bersabar sikit.Apa kata kau pergi jumpa Alia dan selesaikan masalah kau ni.Aku rasa selagi kau tak pergi jumpa Alia,macam ni la jadinya.Tahu  nak marah tak tentu fasal.Aku kenal sangat dah perangai kau sejak dari kecil lagi Rizal.” Perli Mona kepada sepupunya itu.

“Yang aku geram sangat,bila aku nak jumpa Alia mesti Fahmi ada dengan dia.Macam mana aku tak bengang Mona?”

“Ya Allah,banyak lagi cara lain kau boleh buat Rizal.Kau pergi redah je rumah Alia.Redah butik mama Alia ke.” Seloroh Mona.

“Hmm... betul juga kan.Okey aku pergi butik mama dia jela.Aku tunggu sampai dia nak jumpa aku dekat sana.” Senyum Syafiq Rizal memandang Mona di hadapannya.

Keesokkan harinya Syafiq Rizal merancang untuk bertemu dengan Nur Alia.Dia ingin menjemput isterinya di butik untuk sarapan bersama dan berbincang masalah mereka.Syafiq Rizal sampai dihadapan butik Puan Lisa.Tidak sempat Syafiq Rizal keluar dari kereta,dia ternampak kereta Amirul Fahmi meluncur laju lalu berhenti di hadapan butik Puan Lisa.Amirul Fahmi keluar dari kereta meluru masuk kedalam butik.Syafiq Rizal hanya memerhati gelagat Amirul Fahmi didalam kereta.Setelah 5 minit Amirul Fahmi didalam butik,Amirul Fahmi keluar dari butik itu bersama Nur Alia sambil tersenyum mesra.Kereta Amirul Fahmi berlalu dari situ.Sekali lagi hati Syafiq Rizal berasa panas dengan Amirul Fahmi.

Aku tak boleh biarkan mereka bersama!Rengus hati Syafiq Rizal lalu memandu keretanya dengan laju.

Nur Alia keluar untuk membeli barang di kedai runcit.Dia berjalan seorang diri menuju ke kedai runcit yang berhampiran di kawasan perumahan.Setelah dia selesai membeli,dia keluar dari kedai runcit itu.Ketika Nur Alia berjalan,tangannya ditarik oleh seseorang.

“Lia...” Kelihatan Syafiq Rizal di situ.Nur Alia terkejut melihat suaminya.

“Rizal?Apa awak buat dekat sini?”

“Lia jom ikut saya.Kawasan ni bahaya.” Cemas Syafiq Rizal sambil memerhati keadaan di sekeliling.

“Apa awak merepek ni Rizal.Lepaskan tangan saya!”

“Jangan degil Lia.Ikut abang cepat.Nanti orang tu terjumpa Lia dekat sini.” Syafiq Rizal memandang Nur Alia.

Nur Alia tidak mahu mendengar cakap Syafiq Rizal.Dia menarik tangannya dari pegangan Syafiq Rizal.Tiba-tiba ada seseorang menaiki motosikal mendekati mereka berdua.Syafiq Rizal ternampak orang itu.Orang itu seperti ingin membuat sesuatu kepada Nur Alia.Syafiq Rizal cuba melindungi isterinya,tetapi dengan pantas orang itu mengetuk kepala Syafiq Rizal dengan sebatang kayu.Lalu lelaki itu terus melarikan diri.Syafiq Rizal rebah di atas jalan lalu tidak sedarkan diri.

“Ya Allah Rizal!” Nur Alia meletakkan kepala suaminya di atas riba.Dia tidak kisah seluarnya kotor disebabkan darah yang mengalir dari kepala Syafiq Rizal.

“Awak... awak… bangun!Tolong!” Nur Alia menjerit meminta tolong.Ada sebuah kereta lalu di jalan itu.Kereta itu berhenti lalu menolong Nur Alia dan Syafiq Rizal.Mereka terus pergi ke hospital.

Nur Alia yang berada di sisi Syafiq Rizal memandang sayu wajah suaminya.Nur Alia berasa bersalah kerana Syafiq Rizal ingin melindungi sebentar tadi.Dia memegang jari jemari Syafiq Rizal.Suaminya masih tidak sedarkan diri.Mungkin kepalanya di ketuk dengan kuat.Tiba-tiba telefon bimbit Nur Alia berbunyi.Tertera nama Aisya.

“Akak...” Jawab Nur Alia.

“Lia okey tak ni?Macam mana keadaan Rizal?”

“Dia okey kak,”

“Kenapa Lia lemah je ni?Sabar Lia.InshaAllah Rizal tak ada apa-apa,”

“Hmm.Dia tak sedarkan diri lagi ni kak.Risau pula Lia,”

“Nanti dia sedar la tu Lia.Kejap lagi akak datang jemput Lia ye,”

“Okey.Lia nak turun pergi beli makanan sikit.Kejap lagi kalau akak dah sampai hospital,akak call Lia ye,”

“Iye.Jaga diri Lia.Bye.” Talian ditamatkan.

Nur Alia menghampiri suaminya.Dia mengusap kepala Syafiq Rizal. “Maafkan Lia...” Sebak Nur Alia.Lalu dia keluar dari bilik itu untuk turun beli makanan.

Selesai Nur Alia mengisi perutnya di kafe,dia naik semula untuk melihat keadaan Syafiq Rizal.Ketika Nur Alia ingin masuk kedalam bilik,dia ternampak Marisa berada di dalam bilik itu.Dia melihat Marisa mengusap-ngusap tangan Syafiq Rizal.Nur Alia paksakan dirinya untuk masuk semula ke dalam bilik itu.

“Dah lama awak sampai Marisa?” Tanya Nur Alia.

“Hei Alia!Sebab kau ke Rizal jadi macam ni??” Marisa menengking Nur Alia.

“Saya tak tahu Marisa.Tiba-tiba je orang tu datang lepas tu dia ketuk kepala Rizal,”

“Sebab kau la ni.Itu la aku cakap dah awal-awal.Kau ni memang membawa malang untuk Rizal.Sekarang kau tengok apa dah jadi dekat dia.” Nada suara Marisa berubah tinggi.

“Saya tak salah...” Sebak Nur Alia.

“Ehh kau tak payah nak menangis dekat sini.Kau pergi balik!Aku boleh jaga Rizal.” Marisa menghalau Nur Alia keluar dari situ.Nur Alia melangkahkan kakinya keluar dari situ.

Nur Alia menunggu kedatangan Aisya untuk menjemputnya pulang.Lemah badan Nur Alia ketika itu.Dia risaukan keadaan Syafiq Rizal.Tiba-tiba kedengaran bunyi hon.Nur Alia mendongak dan ternampak Aisya melambai Nur Alia.

“Rizal dah sedar Lia?” Tanya Aisya memandang Nur Alia.

“Belum akak...”

“Kenapa ni Lia.Okey tak?” Aisya mengerut dahi memandang adik angkatnya itu.

“Tadi Marisa datang melawat Rizal.Dia marahkan Lia sebab Lia la penyebab Rizal jadi macam tu,”

“Kurang ajar eh Marisa tu.Suka hati je dia menuduh Lia!”

“Tapi mungkin betul jugak apa yang dia cakap kak.Lia ni macam bawa malang untuk Rizal je.Ada je masalah menimpa Rizal.” Nur Alia menahan air matanya mengalir.

“Ya Allah apa Lia cakap ni.Tak baik Lia cakap macam tu.Ini semua ujian untuk Rizal dan Lia.Jangan dengar cakap Marisa tu,”

“Lia rasa,better Lia minta cerai dari Rizal.Mungkin Rizal akan bahagia dengan Marisa.Marisa sayangkan Rizal.Lia percaya Marisa dapat jaga Rizal dengan baik.” Laju air mata Nur Alia mengalir.Dia tidak dapat menahan lagi.

“Fikir dulu sebelum Lia bertindak.Nanti menyesal tak sudah Lia,”

“Lia dah fikir masak-masak kak.Lia akan jauhkan diri dari Rizal.Kalau boleh Lia dah tak mahu berjumpa dengan dia lagi.” Nur Alia termenung.

“Lia tak menyesal buat macam tu?”

“Tak...” Sepatah Nur Alia menjawab.

“Lia tak rasa rugi lepaskan Rizal?”

“Tak...”

“Lia sayangkan Rizal??”

Nur Alia terdiam apabila mendengar soalan itu dari Aisya.Nur Alia memandang Aisya,lalu memeluk kakak angkatnya itu. “Lia terlalu sayangkan Rizal kak...” Nur Alia menangis teresak-esak di bahu Aisya.Aisya cuba memujuk Nur Alia supaya bersabar.

“Riz bangun Riz.Jangan tinggalkan I.” Marisa mengusap kepala Syafiq Rizal.Keadaan Syafiq Rizal masih lagi seperti itu.Tiada tindak balas dari Syafiq Rizal.

Tiba-tiba telefon bimbit Marisa berbunyi lalu dia menjawab panggilan tersebut.

“Marisa,macam mana keadaan Rizal?”

Aunty jangan risau.Rizal okey.Cuma tak sedarkan diri lagi,”

“Marisa sorang je ke dekat situ?Alia tak datang tengok Rizal?”

“Alia tak datang aunty.Dari tadi Marisa tak nampak Alia pun.” Marisa menipu Datin Fauziah.

“Hmm suami tengah sakit,dia tak datang jenguk langsung.Tak apa lah Marisa,esok baru aunty melawat Rizal.Sebab nak tunggu uncle balik dulu.Uncle sekarang tak ada dekat KL.Kalau Marisa penat,Marisa balik rumah dulu.Nanti aunty minta Fahmi tolong tengokkan Rizal,”

“Tak apa aunty,Marisa boleh jaga Rizal malam ni.Marisa stay dekat hospital.Aunty jangan risau ye.Okey aunty bye.” Marisa menamatkan panggilannya.

Ahh tak lama lagi kau dapat menantu baru la Datin Fauziah.Kesian Alia kan.Kisah apa aku,asalkan aku dapat Rizal semula.Senyum Marisa.

Nur Alia termenung memikirkan keadaan Syafiq Rizal.Pada ketika itu,Nur Alia perlu menjaga suaminya.Tetapi Marisa pula ada di hospital.Nur Alia tidak boleh buat apa-apa.Dia bangun membersihkan dirinya.Nur Alia turun ke dapur untuk membuat sarapan.Selepas bersarapan dia mahu melawat suaminya di hospital.Dia berharap agar Syafiq Rizal sudah sedar dari pengsan.

Di hospital,Syafiq Rizal sudah tersedar dari pengsan.Dia memegang kepalanya.Terasa perit disitu.Dia cuba bangun dan mencari isterinya.Dia terdengar seseorang di dalam bilik air.Syafiq Rizal yakin itu pasti Nur Alia.Ketika pintu bilik air di buka. “Lia...” Syafiq Rizal memanggil nama Nur Alia.

Thanks god!You dah sedar Rizal.” Marisa meluru ke arah Syafiq Rizal.Syafiq Rizal terpinga-pinga melihat Marisa disitu.

“Apa you buat dekat sini Marisa?”

“I jaga you semalam Riz.Nasib baik you dah sedar.Umi dan ayah you risau fasal you.You nak makan tak?I boleh suapkan.” Senyum Marisa.

“I tak nak.Alia mana?”

“Huh?Wife you tu?Entah dia langsung tak melawat you Rizal.” Marisa menipu Syafiq Rizal.

“Dia ada datang sini Marisa.I dapat rasa dia datang.Lagipun masa I pengsan,kepala I di atas riba Alia.Alia yang bawa I pergi ke hospital.” Sayu Syafiq Rizal.

“Riz jangan terlalu fikirkan sangat.You baru sedar.Nanti pengsan balik macam mana.You tunggu ye,kejap lagi umi dan ayah you sampai.” Pujuk Marisa.

“Rizal!Alhamdulillah kamu dah sedar.” Datin Fauziah meluru mendapatkan anaknya.Dato Kamal mengekori isterinya dari belakang.

“Umi ada nampak Lia tak dekat luar?” Syafiq Rizal seperti kanak-kanak bertanyakan soalan itu kepada Datin Fauziah.

“Rizal,kamu baru sedar.Berehat dulu,”

“Rizal tanya ni umi,Lia ada tak dekat luar?Rizal nak jumpa dia.” Ujar syafiq Rizal mengharap.

“Isteri kamu tu tak ada Rizal.Semalam pun Marisa yang jaga kamu dekat sini,”

“Hmmm… Rizal tahu dia ada dekat sini umi.” Sayu Syafiq Rizal.

“Sudah la.Fikirkan kesihatan kamu Rizal.Ini umi bawa bubur untuk Rizal.” Datin Fauziah menghulur bekas berisi bubur kepada anak tunggalnya itu.

“Macam mana kamu boleh jadi macam ni Rizal?” Tanya Dato Kamal.

“Rizal dah lama perhatikan Lia ayah.Hari tu Rizal nampak ada sorang lelaki selalu mengekori Alia.Rizal rasa dia nak buat sesuatu dekat Alia.Jadi Rizal ikut Alia dari jauh.Pada satu hari tu,lelaki tu naik motor dia lalu berhampiran kami.Rizal tahu dia nak pukul Alia,nasib baik Rizal sempat elak Alia dari dipukul,”

“Siapa yang nak pukul Lia tu Rizal?” Datin Fauziah mengerutkan dahinya.

“Rizal tak tahu umi.Rizal pelik juga.Sebelum ni Alia mana ada musuh,”

“Mungkin ada orang yang cuba nak balas dendam terhadap Alia.Bahaya juga kalau macam tu.” Dato Kamal memikirkan mengenai menantunya.

“Kalau Rizal dapat tahu siapa yang cuba cederakan Alia,memang nahas orang tu ayah.” Syafiq Rizal merengus geram.

“Kenapa tak suruh Alia buat laporan polis Rizal?” Tiba-tiba Marisa mencelah.

“Mula-mula tu I nak report je.Tapi I nak pastikan betul ke orang tu ikut Alia.Tengok-tengok betul dia nak cederakan Lia,”

“Maknanya Alia dalam bahaya la sekarang ni.” Keluh Datin Fauziah.


“Rizal akan cari Alia.Rizal nak jaga dia supaya dia selamat umi.” Syafiq Rizal memandang wajah Datin Fauziah.Marisa disitu masam mencuka kerana Syafiq Rizal masih lagi tidak dapat melupakan Nur Alia.

No comments:

Post a Comment