Wednesday, 10 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 61)


BAB 61
Syafiq Rizal sudah pulang dari hospital.Untuk sementara waktu dia tinggal di rumah Datin Fauziah.Sejak Syafiq Rizal masuk hospital,dia tidak dengar berita dari Nur Alia.Dia ingin berjumpa isterinya.

“Rizal tak keluar ke?” Tanya Dato Kamal.

“Tak ayah.Saya nak berehat kejap dekat rumah,”

“Bagus lah.Kamu tu baru je sembuh.Macam mana hubungan kamu dengan Alia?”

“Hmm... tak berapa baik lagi ayah.” Jawab Syafiq Rizal.

“Sabar la ye.Hati perempuan ni kalau dah luka susah jugak nak disembuhkan Rizal,”

“Saya tahu ayah.Tapi saya risau kalau Alia dah tak nak terima saya sebagai suami dia lagi.” Syafiq Rizal memandang Dato Kamal.

“Rizal,ayah tak berani nak cakap mengenai tu.Kamu berdoa lah supaya hati Alia masih lagi terbuka untuk kamu.Kalau boleh ayah nak Alia kembali pada kamu.” Dato Kamal menepuk-nepuk bahu anaknya.

Syafiq Rizal berjalan mundar mandir didalam bilik pejabatnya dia buntu bagaimana dia ingin mendapatkan semula isterinya.Lagi dia mengejar Nur Alia lagi jauh Nur Alia lari dari Syafiq Rizal.Dia perlu bertindak cepat sebelum terlambat.

“Riz … ” Marisa muncul di pintu bilik pejabat Syafiq Rizal.

“Apa lagi you nak Marisa?”

“I nak beritahu you something…”

“Fasal apa?Kalau you nak beritahu fasal you suruh I ceraikan Lia dan suruh I kahwin dengan you ,I think its waste my time,

No Riz ini fasal Lia… isteri you,”

“Kenapa dengan Lia?” Syafiq Rizal memandang tajam ke arah Marisa apabila mendengar nama Nur Alia.

“I… I dengar Fahmi dan Alia nak bertunang,”

What?Hey Marisa,you jangan buat cerita!” Nada suara Syafiq Rizal berubah tinggi.

Yes Riz… percayalah.” Kata Marisa seakan merayu Syafiq Rizal supaya mempercayainya.

You tipu Marisa… I tak percaya!”

“Kenapa you tak boleh nak terima kenyataan yang Alia tak sayangkan you Riz?”

Shut up Marisa!I tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut you.” Syafiq Rizal tidak mahu mempercayai Marisa.Tetapi boleh jadi juga Amirul Fahmi dan Nur Alia akan bertunang kerana Syafiq Rizal sendiri nampak kemesraan mereka berdua dan terlalu rapat sejak Syafiq Rizal dan Nur Alia mempunyai masalah.

“Riz please… ” Marisa merayu kepada Syafiq Rizal.

I said shut up!” Tengking Syafiq Rizal sambil meraup kasar mukanya.Fikirannya serabut ketika itu

“Kenapa you tak boleh nak berhenti cintakan isteri you Riz!Why?I bersumpah I akan pastikan you tak akan berjumpa lagi dengan Alia.” Marisa merengus geram.Dia tidak tahan lagi dengan situasi yang berlaku pada dirinya.

Hey Marisa you sedar tak apa you cakap?You tak malu ke rosakkan rumahtangga orang hah?!” Syafiq Rizal meluru ke arah Marisa lalu menarik lengan Marisa dengan kasar.

No!I sanggup buat apa saja untuk dapatkan you!Selama ni I bersabar dengan you Riz.I sentiasa ada disamping you.Tapi you tak kisah kan I langsung!” Jerit Marisa kepada Syafiq Rizal.

Why you so stupid??You dengar sini Marisa,kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi.Kita cuma kawan!I hanya cintakan Alia seorang.” Ujar Syafiq Rizal sambil memandang tepat ke arah Marisa.

“You tipu!Habis tu selama kita keluar bersama tu apa?Bila you sedih, I selalu ada disamping you Riz... I cuba berubah demi you!I need you… Riz jangan tinggalkan I…” Sayu suara Marisa lalu memeluk erat Syafiq Rizal.

“You berambus dari sini Marisa!I tak nak tengok muka you lagi.” Syafiq Rizal menolak Marisa dengan kasar.

“You memang tak guna Riz!I pasti lepas ni Alia tak akan kembali pada you!For your information I yang send pada you MMS gambar Alia dan Kimi.” Sinis senyuman Marisa memandang Syafiq Rizal.

“Kenapa you buat macam tu Marisa?Why!”

Because I love you…” Kata Marisa sambil memegang pipi Syafiq Rizal.

“Oh you ingat you send gambar tu, you boleh dapat I?You boleh kahwin dengan I?Nonsense!”

Yes Riz... I buat semua tu semata-mata untuk dapatkan you balik.You mesti ingatkan masa kita kena tangkap khalwat di rumah I?Cuba teka itu kerja siapa?” Marisa menghampiri Syafiq Rizal dengan menggoda sambil bermain butang baju Syafiq Rizal.

“Siapa?!” Syafiq Rizal menarik tangan Marisa dengan kasar.

“I…” Senyum Marisa kepada Syafiq Rizal.

“Kurang ajar!” Satu tamparan hinggap di pipi Marisa.

“You memang tak guna Riz!I harap you tak akan bahagia dengan Alia.I bersumpah!” Jerit Marisa lalu keluar dari bilik pejabat Syafiq Rizal.

“Sanggup kau buat aku macam ni Marisa.Kau akan menyesal atas perbuatan kau!” Syafiq Rizal melepaskan satu tumbukkan di atas meja kerjanya.

Nur Alia dan Amirul Fahmi keluar dari restoran.Mereka menuju ke kereta sambil berbual mesra dan gelak ketawa.Sebelum mereka sempat memasuki ke dalam kereta,seseorang menarik Amirul Fahmi lalu dia ditumbuk hingga jatuh tersungkur.

“Kau memang jantan tak guna Fahmi!” Syafiq Rizal menumbuk muka Amirul Fahmi sehingga berdarah mulut Amirul Fahmi.Amirul Fahmi geram lalu melepaskan satu tumbukkan pada muka Syafiq Rizal.Syafiq Rizal membalas kembali tumbukkan Amirul Fahmi itu.Nur Alia kaget melihat mereka berdua bergaduh.Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

“Cukup la tu!” Jerit Nur Alia kepada Syafiq Rizal.Dia mendapatkan Amirul Fahmi yang sudah jatuh terduduk.

“Kau ni kenapa hah Rizal!” Marah Amirul Fahmi sambil memegang mulutnya yang berdarah.

“Kau boleh tanya aku kenapa?Ehh kau tak sedar ke kau keluar dengan isteri aku!Dah lama aku tengok kau keluar dengan Alia!” Marah Syafiq Rizal memandang tajam Amirul Fahmi.

“Kau tu yang tak reti jaga hati Alia.” Amirul Fahmi menahan sabar.

“Aku nak berbaik dengan Alia,tapi kau pula sibuk keluar dengan dia pehal!” Syafiq Rizal ingin menumbuk muka Amirul Fahmi sekali lagi tetapi dia dihalang oleh Nur Alia.

“Cukup Rizal cukup!Tak guna awak tumbuk Fahmi untuk dapatkan saya.Dah lama saya buang awak dari hidup saya.Saya happy dengan Fahmi.Dia selalu ada bila saya sedih.Tapi awak cuma tahu sakitkan hati saya!” Jerit Nur Alia kepada Syafiq Rizal.

“Tapi abang masih perlukan Lia.Abang minta maaf Lia...” Rayu Syafiq Rizal kepada isterinya.

“Semuanya dah terlambat Rizal.Sekarang saya minta awak ceraikan saya.” Berubah suara Nur Alia.

“Tak... abang tak akan ceraikan Lia!”

Please,lagipun ini memang perjanjian kita kan?So saya minta sangat awak lepaskan saya.Jom kita balik Fahmi.” Nur Alia mengajak Amirul Fahmi pulang.Dia meninggalkan Syafiq Rizal seorang diri disitu.Syafiq Rizal seperti tidak percaya akan kata-kata isterinya.

Nur Alia sedang bersiap untuk pulang ke rumah Puan Lisa dan Encik Sufian.Sudah lama Nur Alia tidak melawat mama dan abahnya.Nur Alia mencapai kunci kereta lalu turun menuruni tangga.Nur Alia tenang dengan pemanduannya.Ketika keretanya berhenti untuk menunggu lampu isyarat,Nur Alia mula termenung.Dia memikirkan kejadian tumbuk-menumbuk diantara Syafiq Rizal dan Amirul Fahmi tempoh hari.

Kenapa tiba-tiba je Rizal datang serang Fahmi ye?Apa Fahmi dah buat dekat Rizal?Sebelum ni diorang dah memang bergaduh ke?Aduh banyak pula soalan dalam kepala aku ni.Tak kan lah diorang bergaduh sebab aku?Tak mungkin lah!Rizal tu sengaja cari fasal agaknya.Padahal Fahmi tak ada pun buat salah apa-apa pun.

Lamunan Nur Alia terganggu kerana kereta di belakang kereta Nur Alia membunyikan hon kerana lampu isyarat sudah bertukar hijau.Nur Alia menekan pedal minyak.Sebelum pulang ke rumah Puan Lisa dan Encik Sufian,Nur Alia singgah ke pasaraya Tesco untuk membeli buah-buahan untuk mama dan abahnya.

Ketika Nur Alia sedang beratur di kaunter pembayaran,dia seperti ternampak seseorang dia kenali.Dari jauh perempuan itu melambai-lambai tangannya kepada Nur Alia.

“Lia!Lama aku tak jumpa kau.” Suraya rakan sekampus Nur Alia memeluk dengan mesra.

“Su rindunya dekat kau!Kau datang sorang je?” Tanya Nur Alia.

“A ah aku sorang je Lia.Aku baru balik dari kerja ni.Jom la kita bersembang dulu.Mesti banyak story kan.” Nur Alia dan Suraya berjalan menuju ke medan selera di dalam Tesco.

“Kau apa khabar Lia?”

“Alhamdulillah Su,aku sihat.Kau pula?Berapa anak dah kau sekarang?” Senyum Nur Alia memandang Suraya di hadapannya.

“Aku dah 5 orang anak Lia!”

“Rezeki kau Su.Mesti best kan ada baby.”

“Mesti la Lia.Kau bila lagi?Kau datang sorang je ke?Rizal mana?” Suraya mencari kelibat Syafiq Rizal.

“Err Rizal tak ikut.Dia ada hal lain.” Tipu Nur Alia.Dia tidak mahu menceritakan masalah rumahtangganya.

“Ooo yeke.Untung la kau dapat Rizal.Jangan jadi macam aku ni,”

“Kau dengan suami kau ada masalah ke?

“Biasa la masalah dalam rumahtangga Lia.Nanti kami okey la” Senyum Suraya.

“Betul tu Su.Kena banyak bersabar la,”

“Ehh Liana apa cerita sekarang?Aku dengar dia dekat Australia kan?” Tanya Suraya kepada Nur Alia.

“Yup dia dengan Kimi dekat sana.Best kan diorang.” Senyum Nur Alia.

“Itu la duduk negara orang mesti la best.Tapi aku lagi suka duduk Malaysia,”

“Iye la sebab kau warganegara sini.Su nanti kalau kau free,datang la butik mama aku ye.Nanti boleh kita sembang-sembang.”  Rayu Nur Alia.

“InshaAllah Lia.Aku ni nak kena jaga anak-anak aku satu hal.Nanti aku bawa sekali dengan anak-anak aku jumpa kau ye Lia.Jom aku minta diri dulu.Nanti kalau kau nak bersembang dengan aku,kau call je aku okey,”

“Okey Su.take care ye.Bye.” Nur Alia melihat Suraya yang sudah jauh berlalu dari situ.
Puan Lisa sedang leka membaca majalah ‘MIDI’ sambil mengurut lengannya yang lenguh itu.Nur Alia melihat gelagat Puan Lisa lalu melabuhkan punggungnya disebelah mamanya.

“Mama okey tak ni?Kenapa dengan lengan mama tu?” Tanya Nur Alia.

“Entah la Lia tiba-tiba lenguh pula.Mungkin sebab petang tadi mama angkat pasu bunga rasanya,”

“Patut la,meh Lia tolong urutkan.Ehh kejap Lia pergi ambil minyak angin dulu.” Nur Alia bingkas bangun mengambil minyak panas,lalu duduk semula disebelah Puan Lisa.

“Mama,tadi Lia jumpa Suraya dekat Tesco.Ramai anak dia mama.Dah masuk 5 orang,”

“Oh yeke?Rezeki dia Lia.Kamu bila pula?Tak teringin ada baby?” Tanya Puan Lisa.

“Hmm kalau tengok keadaan sekarang ni mama,Lia tak tahu la bila boleh dapat baby,”

“Kamu kena la berbaik semula dengan Rizal.Kalau tak boleh nak berbaik kamu kahwin lain jela Lia.” Seloroh Puan Lisa.

“Mana boleh mama,kalau Lia ni lelaki lain cerita la.Boleh kahwin sampai 4!”

“Lepas tu sampai bila kamu nak tunggu Rizal?Dulu bukan main lagi tak nak dekat dia lepas dapat tahu Rizal kena tangkap khalwat.Sekarang ni lain pula jadinya.Lia sayang Rizal ke tak sebenarnya?” Puan Lisa memandang anak tunggalnya itu.

“Hmm macam mana eh Lia nak beritahu mama.Okey la,memang Lia sayang Rizal mama.Tapi Lia tak tahu la bila Lia pandang je muka Rizal,Lia naik menyampah.Bila jauh dengan Rizal,rasa rindu pula.” Sengih Nur Alia sambil menundukkan wajahnya.

“Macam tu pula kamu ni?Perkahwinan ni jangan buat main-main Lia.Bincang dengan Rizal,mama tak nak perkahwinan kamu tergantung macam tu je.” Tegas Puan Lisa.

“InshaAllah mama.Mama,esok mama nak buat kenduri apa?”

“Bukan kenduri Lia.Mama nak buat makan-makan sikit.Panggil jiran-jiran,saudara mara kita sekali.Nanti ajak kawan-kawan Lia semua.Ajak kak Aisya,Rizal dengan Fahmi.Baik budak Fahmi tu Lia.Berkenan pula mama dengan Fahmi tu.” Seloroh Puan Lisa.

“Err... mama berkenan?Haa boleh la buat anak angkat mama.” Senyum Nur Alia sambil mengurut lengan Puan Lisa.

“Apa pula anak angkat.Buat menantu kedua jela.” Puan Lisa mengusik anak tunggalnya itu.

“Kesitu pula mama ni.” Muncung Nur Alia.Puan Lisa menggelengkan kepalanya melihat gelagat Nur Alia.Dia tahu hati Nur Alia masih lagi untuk Syafiq Rizal.Dia berharap agar hubungan Nur Alia dan Syafiq Rizal kembali pulih.

Nur Alia sedang merehatkan badannya di atas katil.Dia mengambil telefon bimbitnya lalu menghantar SMS kepada kakak Aisya,Amirul Fahmi dan juga rakannya yang lain untuk menjemput datang ke rumah.Nur Alia tidak menjemput Syafiq Rizal.Jika esok Puan Lisa menanyakan dimana Syafiq Rizal,Nur Alia terpaksa berbohong pada Puan Lisa  dan memberitahu bahawa Syafiq Rizal tidak dapat datang.Nur Alia tidak mahu bertembung dengan suaminya itu.

“Akak datang dengan siapa tadi kak?” Tanya Nur Alia kepada Aisya.

“Fahmi jemput akak dekat butik tadi.Ingatkan tadi akak nak pergi sorang je.Tiba-tiba Fahmi datang butik.Dia ajak tumpang sekali.” Senyum Aisya memandang Nur Alia.

“Baik kan Fahmi tu kak,”

“Kenapa?Lia suka dekat Fahmi ye.” Usik Aisya.

“Ehh mana ada kak.Akak dah try makan Nasi Ayam yang Lia buat?Sedap tak?”

“Laaa... Lia ke yang masak.Sedap jugak.Nanti boleh bagi resepi dekat akak.Mana tahu nanti akak boleh lawan Chef Wan ke.” Mereka berdua ketawa mendengar kata-kata dari Aisya.

“Amboi happy nampak.Nak join boleh?” Amirul Fahmi datang ke arah Nur Alia dan Aisya.

Ladies only.” Seloroh Nur Alia.

Okay fine.Sombong betul.” Muncung Amirul Fahmi.

“Ehh dah pandai merajuk pula sekarang ye Fahmi.” Tegur Nur Alia.

“Lawak jela Lia.Jom ikut saya pergi dekat kereta saya kejap,”

“Ajak Lia je ke ?” Tanya Aisya di sebelah Nur Alia.

“Akak nak ikut pun boleh.” Senyum Amirul Fahmi.

“Hehe.Tak apa lah.Akak saja je.Korang pergi lah.Akak nak jumpa kawan akak kejap dekat sana,”

“Jom Lia.” Amirul Fahmi mengajak Nur Alia pergi ke kereta.

“Kenapa ni Fahmi?”

“Tutup mata awak dulu Lia.”

“Hah?Hmm yelah.” Nur Alia ikuti sahaja permintaan Amirul Fahmi.

Amirul Fahmi membuka pintu kereta bahagian belakang lalu mengeluarkan sebuah  sangkar.Di dalam sangkar itu terdapat seekor kucing  jenis Persian.Amirul Fahmi meletakkan sangkar itu didepan Nur Alia.

“Awak dah boleh buka mata ke?” Tanya Nur Alia.

“Okey!”

“Awak!Kucing siapa ni.Ala comelnya dia.” Nur Alia teruja melihat kucing itu.Amirul Fahmi tersenyum melihat gelagat Nur Alia.

“Kucing awak la,”

“Hah?Kucing saya?”

“Iyee…” Selamba Amirul Fahmi.Dia mengeluarkan kucing jenis Persian itu dari sangkar.

“Apa nama dia Fahmi?”

“Entah.Awak bagi la nama dekat dia.” Amirul Fahmi membelai lembut bulu kucing itu.

“Hmm dia jantan ke betina?”

“Betina,”

“Okey la kalau betina saya bagi dia nama Gayah la.” Senyum Nur Alia.

“Apa la awak ni Lia.Bagi la nama sedap sikit.Bagi la nama Neelofa ke,Izara ke moden la sikit nama,”

“Amboi nama nak macam artis ni payah la.Bagi nama Che Ta okey tak?” Tanya Nur Alia.

“Huh?Che Ta?Tak sesuai la Lia,”

“Lepas tu…” Muncung Nur Alia.

“Hah!Bagi nama dia Che Lat jela,”

“Apa pula Che Lat.Macam lalat je.” Ujar Nur Alia.

“Adoi... lepas tu nama apa lagi Lia,”

“Hmm Jessica!Wow nama mat saleh gitu.” Nur Alia tersenyum memandang Amirul Fahmi.

“Okey la tu.Jessica nanti duduk dengan aunty Lia ni baik-baik tau.Jaga aunty Alia ni.” Amirul Fahmi mengusap kepala kucing itu.

“Awak.Serius ke awak bagi saya ni?”

“Iye Lia.Jaga Jessica ni baik-baik tau.” Senyum Amirul Fahmi.

“Kalau macam tu,selalu la saya balik rumah mama sebab nak main dengan Jessica,”

“Haa... lepas ni jangan nak sedih-sedih lagi ye Lia.” Ujar Amirul Fahmi.Mereka berdua masuk semula kedalam rumah sambil membawa Jessica kucing peliharaan Nur Alia.

Keesokkan harinya Nur Alia bangun awal dan bersiap untuk pergi joging.Sudah lama dia tidak melakukan aktiviti itu.Puan Lisa dan Encik Sufian sedang rancak bersembang di halaman rumah.

“Mama,Lia nak pergi joging kejap.” Ujar Nur Alia sambil memakai kasut.

“Okey.Lia sorang je?Tak ajak Faiz sekali?” Tanya Puan Lisa.

“A ah Lia sorang je.Faiz dia tak join sebab ada hal katanya.Lia pergi dulu ye mama,abah,”

“Hati-hati Lia.” Senyum Encik Sufian melihat anak tunggalnya.

“Lisa,anak awak tu belum berbaik dengan Rizal?”

“Belum lagi abang.Saya pening tengok diorang tu.Kesian pun ada.Saya ada nasihat dekat Alia.Tak tahu la lepas ni macam mana pula keadaan diorang tu.” Puan Lisa menuang air teh di dalam cawan.

“Anak awak tu keras kepala sikit.Abang harap hubungan mereka kekal lah,”

“Rizal ada beritahu saya yang dia nak berbaik dengan Alia.Tapi Alia selalu mengelak dari berjumpa dengan Rizal.” Keluh Puan Lisa.

“Saya nak marahkan diorang tu,takut nanti saya ni menyibuk pula hal rumahtangga diorang.” Ujar Encik Sufian.

“Tak payah la bang,InshaAllah nanti diorang berbaik semula.Kita doakan diorang ye bang.” Senyum Puan Lisa memandang Encik Sufian.

Nur Alia berjalan seorang diri sambil membuat senaman.Ketika Nur Alia sedang berjalan,tiba-tiba dia dirempuh dengan kuat oleh seseorang yang dia tidak kenali. “Aduh!” Nur Alia jatuh terduduk.Nur Alia sempat melihat wajah orang yang merempuhnya.Orang itu tersenyum sinis memandang Nur Alia yang sudah terjatuh itu.

Kurang ajar betul la orang tu.Dah la tolak aku sampai terjatuh.Lepas tu boleh pula senyum dekat aku.Bukan nak tolong aku ke nak minta maaf ke.Bebel Nur Alia.Ketika Nur Alia ingin bangun dia perasan ada sekeping kertas yang dilipat rapi disebelah Nur Alia.Dia mengambil kertas itu lalu membaca isi yang ditulis didalamnya

Riak wajah Nur Alia terus berubah.Dia panik membaca isi yang terkandung di dalam kertas itu.Siapa punya kerja ni?Nur Alia melihat keadaan di sekelilingnya.Dia kelihatan resah.Nur Alia bingkas berlalu dari situ dan pulang ke rumah.Dia menyimpan kertas itu di dalam poket seluarnya.

“Abah... mama!” Nur Alia meluru mendapatkan Encik Sufian dan Puan Lisa.

“Kenapa ni Lia?” Cemas Puan Lisa melihat Nur Alia.

“Err... tak ada apa.Hehe.” Nur Alia tidak mahu memberitahu  mengenai kertas itu.Dia tidak mahu Puan Lisa dan Encik Sufian risau akan keadaannya.

“Kamu ni buat kami gelabah je Lia.” Ujar Encik Sufian.

“Lia naik atas dulu ye,”

Nur Alia mengeluarkan semula kertas itu dari poket seluarnya.Lama dia merenung kertas itu.Kalau baca balik apa yang ditulis,macam ugutan je.Tapi pada masa yang sama macam amaran pun ada. ‘KAU TAK AKAN SELAMAT ALIA!’ Nur Alia membaca semula isi yang terkandung di dalam kertas itu.

Apa aku dah buat sampai ada orang sanggup ugut aku ni?Nak lapor pada polis ke tak.Better tunggu dulu jela.Baik aku simpan rahsia ni,nanti kalau cerita dekat orang lain takut diorang risau pula.Mesti ada kaitan dengan orang yang tolak aku tadi kan?Tapi aku tak pernah pula tengok muka dia sebelum ni.Ataupun kes ada orang cuba nak cederakan aku hari tu?Tak fasal-fasal Rizal yang kena pukul.Nur Alia berteka teki.


No comments:

Post a Comment