BAB 59
“Assalamualaikum
mama… ” Nur Alia memberi salam.
“Waalaikumussalam
Lia mari masuk.Siapa ni?” Puan Lisa mengerut dahi melihat Amirul Fahmi
disebelah Nur Alia.
“Ni kawan Lia,Amirul
Fahmi.” Amirul Fahmi menyalam Puan Lisa sambil tersenyum.
“Oh mari masuk
Fahmi jangan malu-malu ye.Ingatkan Lia datang sorang je.Mama tak masak la hari
ni.” Bebel Puan Lisa kepada Nur Alia.Dia melihat Amirul Fahmi sambil tersenyum.
“Terima kasih…”
Kata Amirul Fahmi.
“Lia datang
kejap je mama.Nanti Lia datang bawa Fahmi lagi okey.Abah mana mama?Lia tak
nampak pun,”
“Abah keluar
kejap.Lia ni kad jemputan reunion tu,”
“Reunion pelajar Sekolah Menengah Sultan
Ibrahim rupanya…” Nur Alia membaca kad jemputan itu.
“Fahmi duduk
kejap ye makcik buatkan air.” Ujar Puan Lisa kepada Amirul Fahmi sambil menarik
tangan Nur Alia pergi ke dapur.
“Lia mama nak
tanya sikit,”
“Tanya apa mama?”
Nur Alia mengerutkan dahinya.Dia menyimpan semula kad jemputan didalam sampul.
“Kamu dengan
Fahmi ada apa-apa ke?” Sengih Puan Lisa memandang anak tunggalnya.
“Ya Allah mama… Lia
dengan Fahmi kawan je,”
“Mama tengok
baik budak tu,sesuai jugak dengan Lia.” Senyum Puan Lisa.
“Lia pun mengaku
Fahmi memang baik,tapi Lia masih lagi isteri Rizal…”
“Kalau Rizal
lepas kan Lia,Lia nak bersama dengan Fahmi?Kalau Lia nak kahwin dengan Fahmi
mama setuju.” Puan Lisa menyakat Nur Alia disebelahnya.
“Mama…” Nur Alia
tidak tahu lagi apa yang ingin dia berkata kepada Puan Lisa.
“Bawa air ni,
jamu dekat Fahmi.” Puan Lisa memberikan dulang berisi segelas Fresh Orange pada
Nur Alia.Nur Alia membawa dulang itu pergi ke ruangtamu.Puan Lisa mengekori Nur
Alia.
“Jemput minum
Fahmi… ”
“Terima kasih
Lia.” Ujar Amirul Fahmi memandang Nur Alia.
“Mama lepas ni
Lia nak balik ke butik sebab nak tolong kak Aisya.Banyak sangat kerja dekat
sana.Nanti Lia datang rumah mama lagi ye,”
“Iyelah… pintu
rumah mama ni sentiasa terbuka Lia.” Senyum Puan Lisa memandang Amirul
Fahmi.Nur Alia yang berada disebelah Puan Lisa mengangkat kening pada Puan Lisa
apabila Puan Lisa berkata begitu sambil memandang Amirul Fahmi.
“Makcik saya
balik dulu ye…” Sopan Amirul Fahmi tersenyum mesra memandang Puan Lisa.
“Iye… nanti ada masa
datang lagi rumah makcik.Drive elok-elok.”
Senyum Puan Lisa.
“Lia balik dulu,nanti
kirim salam abah tau mama.” Nur Alia memeluk Puan Lisa.
“Jaga diri
Lia,oh ye Fahmi nanti tolong tengokkan Lia ni ye,”
“InshaAllah
makcik…” Senyum Amirul fahmi.
“Mamaaa....” Nur
Alia membisik kepada Puan Lisa.
“Ehh cepat Lia.Tu
Fahmi dah lama tunggu tu.” Sengih Puan Lisa memandang Nur Alia yang sudah
muncung.
“Baik mama awak
Lia,macam awak jugak.” Kata Amirul Fahmi sedang memandu.
“Thanks Fahmi.Mama saya tu peramah sikit
orangnya.” Senyum Nur Alia sambil membelek kad jemputan reunion.
“Reunion eh?Bila?” Tanya Amirul Fahmi
melihat kad jemputan itu ditangan Nur Alia.
“A ah… malam
esok Fahmi.”Nur Alia melepaskan satu keluhan.
“Awak macam tak happy je?”
“Saya ada dua
masalah sekarang…”
“Masalah apa
tu?”Amirul Fahmi mengerutkan dahinya memandang Nur Alia sedikit gelisah.
“Firstly,baju saya tak beli lagi,mesti
ramai yang pakai baju yang cantik-cantik malam reunion esok.Kalau reunion ni
minggu depan,saya sempat lagi nak pergi survey
baju dan beli.Sekarang masa dah terlalu suntuk.Secondly,saya nak kena cari pasangan saya untuk pergi malam reunion esok.Mana saya nak cari
pasangan untuk saya.Memang saya sorang jela pergi esok,”
“Masalah kecil
je tu Lia.Okey meh sini saya tolong awak selesaikan ye.Fasal baju awak tu kita
pergi beli sekarang jugak.Saya sanggup tunggu awak sampai malam untuk pergi survey semua kedai baju yang awak
suka.Masalah kedua pasangan awak tu.Saya boleh temankan awak esok.Itu pun kalau
awak sudi?” Senyum Amirul Fahmi melihat
Nur Alia disebelahnya.
Aik cepatnya dia
berfikir.Aku baru je beritahu masalah aku,dia dah bagi jawapan.Cepat dan
tangkas Fahmi ni berfikir ye.Ngomel hati Nur Alia.
“Err serius ke?”
Nur Alia terkejut dengan kata-kata Amirul Fahmi itu.
“Saya serius laaa…
apa awak ingat saya ni main-main ke?”
“Oh okey.Kalau
macam tu kita pergi cari baju awak sekali la nanti.By the way Fahmi,thanks
sebab tolong saya.” Senyum Nur Alia.
“No problem Lia... untuk awak,saya
sanggup.” Amirul Fahmi tersenyum mesra memandang Nur Alia.
Nur Alia
terkesima dengan Amirul Fahmi.Nur Alia pelik dengan perangai Amirul fahmi
terhadapnya sejak dua menjak ini.Dia tidak mahu berfikir yang
bukan-bukan.Mungkin Amirul Fahmi menolongnya sebab mereka adalah kawan
sahaja.Tidak lebih dari itu.
Nur Alia sedang
sibuk bersiap untuk pergi ke majlis perjumpaan pelajar Sekolah Menengah Sultan
Ibrahim di Hotel Concorde Shah Alam.Nur Alia teruja untuk bertemu kembali
dengan rakan sekolahnya.Pasti semua sudah berumah tangga dan mempunyai anak.Nur
Alia memakai baju kurung moden berwarna Turquoise
dan tudung menutupi rambutnya.Nur Alia ingin kelihatan anggun tetapi simple.Nur Alia membelek mukanya di
cermin.Dia memakai alat solek untuk menceriakan wajahnya.Jarang sekali Nur Alia
memakai alat solek.Jika dia mempunyai majlis untuk dihadiri,baru Nur Alia
memakai alat solek.Tiba-tiba ada seseorang menghantar SMS padanya.
Awak dah siap?saya dah ada dekat luar rumah
ni
Nur Alia
membalas SMS amirul Fahmi,
Saya
dah siap… kejap eh
Awal betul Fahmi
datang.Dia pula yang teruja.Nur Alia tersenyum membaca SMS yang dihantar oleh
Amirul Fahmi.Nur Alia bergegas menuju ke ruangtamu.
“Amboi
cantiknya… Ni nak pergi reunion ke
nak pergi dating?” Tegur Aisya kepada
Nur Alia yang sedang memakai kasut.
“Pergi reunion la akak.Kalau pergi dating,Lia tak bersiap macam ni.Pergi dating pakai simple je.Lia pergi dulu ye kak,duduk baik-baik dekat rumah ni
tau!” Senyum Nur Alia.
“Iyelah
hati-hati tau Lia,”
“Okey akak bye!” Nur Alia bergegas menuju ke
kereta Amirul Fahmi.Apabila Amirul Fahmi ternampak Nur Alia sudah keluar dari
rumah, Amirul Fahmi terus keluar dari kereta mendapatkan Nur Alia.
“Cantik awak
hari ni…” Bisik Amirul Fahmi.Dia terkesima melihat Nur Alia dihadapannya.
“Thanks.Awak pun apa kurangnya handsome.Smart awak pakai Tuxedo.” Senyum Nur Alia.Dia tidak
menyangka Amirul Fahmi begitu segak pada malam itu.
“So malam ni kita kena pura-pura jadi
pasangan kekasih la ye.” Ujar Amirul Fahmi.Nur Alia yang berada disebelah
Amirul Fahmi tersipu malu.
“Lebih kurang
macam tu la,”
“Kalau la awak
jadi kekasih saya untuk selamanya,kan best.Ini
cuma malam ni je awak jadi kekasih saya.” Seloroh Amirul Fahmi yang sedang
memandu.
Tett!Aku dah
agak mesti ayat tu akan terkeluar dari mulut Fahmi.Patut la selama ni dia baik
sangat dengan aku.Tapi tak mungkin lah.Aku je kut yang perasan.Dah la malas nak
fikir.Aku nak fikir malam ni aku nak jumpa semua kawan-kawan aku masa sekolah
menengah dulu.Rindu sangat!Ngomel hati Nur Alia.
“Err awak nak ke
jadi kekasih saya?Kalau saya tak nak macam mana Fahmi?” Nur Alia mengusik
Amirul Fahmi.
“Wooo kalau awak
tolak cinta saya,confirm saya mandi
tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena,berak tak boleh.Sebab fikirkan awak
je.” Sengih Amirul Fahmi.
“Hah berak tak
boleh?Haha!Sampai kena buasir la ye?Macam-macam la awak ni Fahmi,”
“Hehe, just kidding Lia.Jom kita dah
sampai.Ramai juga yang datang malam ni ye.” Amirul Fahmi keluar dari kereta
lalu membuka pintu untuk Nur Alia.
“Mari Lia…” Ajak
Amirul Fahmi kepada Nur Alia.Mereka berjalan menuju ke dalam dewan.Ramai
pasangan yang berada didalam dewan itu.Mungkin mereka rakan Nur Alia semasa di
sekolah dahulu.Ada yang datang bersama suami,ada yang datang bersama tunang,ada
yang datang bersama kekasih,ada juga yang datang bersama kawan.Setiap seorang
dari mereka mempunyai pasangan masing-masing.Kedengaran lagu Sedetik Lebih dari
Anuar Zain di dalam dewan itu.Nur Alia teruja kerana bertemu semula dengan
rakan sekelasnya ketika di sekolah menengah,rancak mereka berbual.
Nur Alia
memperkenalkan Amirul Fahmi kepada rakan-rakannya.Amirul Fahmi tersenyum manis.Nur
Alia baru perasan bahawa reunion itu
juga dihadiri oleh semua bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan
Ibrahim.Kelihatan senior Nur Alia juga berada disitu.Ketika ramai orang sedang
teruja bertemu dengan rakan lama,tiba-tiba Nur Alia seperti ternampak kelibat
Syafiq Rizal bersama pasangannya.
Syafiq Rizal
seperti mencari seseorang,lalu matanya ternampak Nur Alia disitu.Mata Nur Alia
dan Syafiq Rizal bertaut.Pantas Nur Alia menepis pandangan itu lalu mengajak
Amirul Fahmi bertemu dengan rakannya yang lain.
Nur Alia
tersenyum mesra disamping Amirul Fahmi.Ramai rakan Nur Alia memujinya dan juga
Amirul Fahmi.Mereka nampak sepadan bila bersama.Nur Alia hanya tersenyum dengan
pujian itu.Kadang-kadang mereka ketawa bersama mendengar usikan dari rakan Nur
Alia.Dari jauh Syafiq Rizal memerhati gelagat Nur Alia dan Amirul Fami.Hatinya
menjadi panas apabila melihat mereka berdua begitu mesra.Ingin sahaja Syafiq
Rizal pergi menumbuk muka Amirul Fahmi dan menarik Nur Alia keluar dari
dewan.Dia mahu membawa isterinya jauh dari orang ramai.Tetapi itu mustahil
untuk Syafiq Rizal mahu membuat begitu.
“Hoi kau pandang
siapa?Kau nampak Lia eh?” Tegur Mona disisi Syafiq Rizal.
“Yup,aku nampak
dia…” Jawab Syafiq Rizal.Mata dia meliar memandang Nur Alia.Dia sangat rindukan
isterinya itu.
“Dia datang
dengan siapa?”
“Dengan Fahmi.”
Laju mulut Syafiq Rizal menyebut nama Amirul Fahmi.
“Hah?Fahmi?Biar
betul.” Mona memanjangkan lehernya mencari kelibat Amirul Fahmi dan Nur Alia.
“Jom…” Ajak
Syafiq Rizal.
“Ehh kau nak
bawa aku pergi mana ni.” Mona ikut sahaja kehendak Syafiq Rizal.Syafiq Rizal
menuju ke arah Nur Alia yang sedang bersembang dengan rakan kelasnya.
“Hai Lia…” Bisik
Syafiq Rizal ditelinga Nur Alia.Nur Alia terkejut lalu menoleh melihat Syafiq
Rizal dan Mona disisinya.
“Err hai…” Nur
Alia terkesima melihat Syafiq Rizal yang berada dihadapannya. ‘Handsome’ sempat lagi hati Nur Alia
memuji suaminya itu.Sudah lama Nur Alia tidak bertemu dengan Syafiq Rizal
banyak perubahan pada Syafiq Rizal.Dulu muka Syafiq Rizal tiada misai dan
janggut sekarang kelihatan misai dan sedikit janggut didagunya.Penampilan
Syafiq Rizal juga kelihatan matang dan mukanya nampak tenang.
“Sorang je?” Tanya
Syafiq Rizal memandang Nur Alia tanpa jemu.
“Tak… Fahmi
pergi ambil makanan kejap.” Ujar Nur Alia.Dia seperti tidak percaya akan
bertemu dengan Syafiq Rizal.Mata Nur Alia melihat Mona disebelah Syafiq Rizal
yang sedang tersenyum melihat Nur Alia.
Dasar playboy eh mamat ni.Dulu Marisa sekarang
ni siapa pula?Ehh kejap,macam aku pernah tengok muka perempuan ni.Oh ye aku
pernah jumpa diorang makan dekat kedai makan hari tu.Ini memang confirm awek baru dia!Ngomel hati Nur
Alia.
“Sorry I have to go.Saya nak jumpa kawan
saya yang lain.Excuse me.” Nur Alia
meminta diri.Dia tidak sanggup berdepan dengan Syafiq Rizal.
“Kejap Lia.” Syafiq
Rizal menarik tangan Nur Alia dan membuat isyarat pada Mona supaya memberi
peluang untuk mereka bercakap.
“Oh I nak pergi toilet kejap.Korang bersembang la dulu ye.” Senyum Mona sambil
berlalu meninggalkan Syafiq Rizal dan Nur Alia disitu.
“Lia sihat?”
“Yup.” Sepatah
Nur Alia menjawab.Jantungnya berdegup kencang ketika itu.
“Mana Lia
pergi.Semua tempat abang cari Lia… ” Perlahan suara Syafiq Rizal.
“Huh?Awak tak
payah nak susahkan diri awak untuk cari saya lagi.Anggap je kita tak pernah
kenal,”
“Lia jangan buat
abang macam ni.Abang rindukan Lia.Maafkan abang sayang…” Syafiq Rizal melihat
mata Nur Alia sambil berharap Nur Alia kembali padanya.
“Tak,awak tipu.Tepi
saya nak lalu… ” Nur Alia ingin berlalu tetapi Syafiq Rizal menghalang laluan
Nur Alia.Nur Alia terlalu rapat dengan Syafiq Rizal ketika itu.Kehangatan badan
Syafiq Rizal membuatkan Nur Alia menjadi gelabah.
“Let me go!” Tegas suara Nur Alia tetapi
perlahan.Dia tidak mahu orang disekeliling perasan.
“No… abang tak akan lepaskan Lia.Abang tahu
Lia masih tunggu abang kan?Tu gelang yang abang bagi masa kita di Langkawi.Lia
masih lagi pakai gelang tu.Kalau betul Lia dah lupakan abang Lia akan buang
segala kenangan kita.” Syafiq Rizal memegang tangan isterinya lalu menunjukkan
gelang yang diberi oleh Syafiq Rizal masih ada di pergelangan tangan Nur Alia.
“Kalau awak tak
lepaskan.Saya jerit!” Ugut Nur Alia.Syafiq Rizal tidak mahu menimbulkan
kekecohan disitu.Syafiq Rizal melepaskan isterinya dan memberi laluan pada Nur
Alia untuk berlalu dari situ.
Mona ternampak
Nur Alia bergegas meninggalkan Syafiq Rizal berseorangan lalu Mona pergi
mendapatkan Syafiq Rizal “How?Dah
dapat dia?” Tanya Mona kepada Syafiq Rizal.
“Hampir-hampir.Dia
terlalu degil dan ego.Tapi aku pasti Alia rindu dan sayangkan aku Mona.” Senyum
Syafiq Rizal.Dia pasti Nur Alia masih tidak boleh lupakan dirinya.
“Good…” Jawab Mona sambil tersenyum.Ketika
Syafiq Rizal memandang Nur Alia yang berlalu dari situ, seseorang rakan
karibnya ketika di sekolah menegur Syafiq Rizal.
“Hoi Riz!” Jerit Bob rakan sekolah Syafiq
Rizal.
“Ehh Bob!” Syafiq
Rizal menepuk bahu Bob sambil rancak bersembang.
Nur Alia mencari
Amirul Fahmi.Di dalam hati Nur Alia tidak keruan apabila bertemu dengan
suaminya tadi.Hatinya rasa rindu pada Syafiq Rizal,tetapi rasa benci juga ada
pada suaminya itu.Nur Alia melihat gelang di pergelangan tangannya yang diberi
oleh Syafiq Rizal pada Nur Alia. Dia ingin membuka gelang tersebut,tetapi
gagal.Nur Alia menarik-narik gelang itu sehingga berbekas tangan Nur Alia
kerana terlalu kuat dia menarik gelang itu.Tetapi masih juga tidak boleh
dibuka.
“Lia apa awak
buat ni?” Tegur Amirul Fahmi memandang tangan Nur Alia.
“Saya nak buka
gelang ni Fahmi.” Keadaan Nur Alia tidak tentu arah.Mungkin dia marah pada
Syafiq Rizal sehingga dia menarik-narik gelang yang diberi pada Syafiq Rizal
itu.
“Awak kalau nak
buka gelang tu jangan la rentap.Nanti luka tangan awak.Cuba bawa bertenang
sikit.Tapi kenapa awak nak buka gelang tu?Dah cantik saya tengok awak pakai
gelang tu.” Senyum Amirul Fahmi.Dia tidak tahu bahawa tadi Nur Alia bertemu
dengan Syafiq Rizal.
“Fahmi jom kita
balik,saya rasa tak sihat pula.” Ajak Nur Alia,dia tidak mahu lagi berada di
dalam dewan itu dia tidak mahu bertemu dengan Syafiq Rizal lagi.
“Okey jom saya
hantar awak balik.Nanti awak rehat dekat rumah ye.” Kata Amirul Fahmi kepada
Nur Alia.Mereka berjalan keluar dari dewan itu.Syafiq Rizal ternampak Amirul
Fahmi bersama Nur Alia meluru keluar dari dewan.Dia melihat mereka sehingga
kelibat Amirul Fahmi dan Nur Alia hilang
dari pandangan Syafiq Rizal.Di dalam hati Syafiq Rizal berasa sangat
cemburu pada Amirul Fahmi.
No comments:
Post a Comment