Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 37)


BAB 37
Hujung minggu yang sangat membosankan.Bangun pagi solat subuh,buat sarapan untuk Syafiq Rizal,mengemas rumah,menonton televisyen.Nur Alia tidak tahu lagi apa yang ingin dibuat didalam rumah tersebut.Syafiq Rizal masih belum pulang dari berjoging.Nur Alia 

mundar mandir mencari idea apa yang ingin dibuat didalam rumah itu.Ingin keluar, pasti Syafiq Rizal tidak izinkan kerana perlu meminta izin dahulu.Kedengaran kereta Syafiq Rizal diluar rumah.Nur Alia meluru mendapatkan Syafiq Rizal.

“Awak saya nak keluar kejap boleh?Saya bosan sangat-sangat ni.Please… ” Rayu Nur Alia.

“Nak keluar kemana Lia?” Syafiq Rizal mengangkat kening.

“Adalah…”

“Huh?Abang pun bosan jugak  kita keluar tengok wayang nak?” Sengih Syafiq Rizal.

“Alaaa saya nak keluar sorang je.Hmm okey la macam ni, saya dan awak keluar sekali tapi sampai je di Mall kita berpecah pergi tempat yang kita nak pergi.Okey?” Nur Alia memberi idea.

“Bagus jugak idea awak tu tapi… awak kena ikut abang jugak!Jangan bagi banyak alasan pergi bersiap cepat.Kita pergi tengok wayang ye sayang.” Syafiq Rizal mengeyit mata kepada isterinya lalu meninggalkan Nur Alia terpinga-pinga disitu.

Eeee geramnya!Nasib kau la Alia ikut je la cakap dia.Nanti bertambah bosan aku duduk dalam rumah ni tak tahu nak buat apa.Ngomel Nur Alia lalu berlari anak menuju ke biliknya untuk bersiap.

“Fauziah tolong ambilkan saya surat khabar kejap.” Ujar Dato Kamal sambil menghirup air teh.

“Abang dah sihat?Macam mana rasa dada abang tu.Abang jangan terlalu tertekan, risau pula saya tengok abang ni.” Datin Fauziah memberi surat khabar lalu duduk disebelah Dato Kamal.

“Saya dah sihat jangan la awak risau.Ini saya risau dengan anak awak sorang tu,”

“Rizal buat hal ke abang?” Tanya Datin Fauziah.

“Bukan.Awak tak perasan ke Marisa selalu datang rumah kita?Saya risau dia selalu ganggu Rizal di office.Awak pun tahu kan Marisa dulu pernah jadi tunang Rizal.Tetapi tak jadi berkahwin sebab perangai Marisa.Saya risau je.Silap hari bulan Marisa  menganggu rumahtangga Rizal dan Alia,”

“Abang jangan la syak yang bukan-bukan.InshaAllah tak ada apa-apa akan berlaku.Marisa tu datang sini sebab nak melawat awak dan saya je.Rizal kan dah berkahwin.Marisa mesti tahu batas antara dia dan Rizal.Abang jangan banyak berfikir fasal diorang tu.Diorang dah besar panjang dah boleh nak berfikir yang mana baik yang mana buruk.” Senyum Datin Fauziah kepada Dato Kamal.

“Jangan Rizal tu buat perangai sudah.Cukup la jadi playboy masa dia di zaman sekolah dan universiti  dulu.Macam-macam cerita saya dengar fasal anak awak tu,”

“Sekarang Rizal dah berubah sejak berkahwin dengan Alia.Saya kenal Rizal tu abang.Rizal tu kalau dia tak nak sesuatu  memang dia menolak.Kalau dipaksa jugak melenting la jawabnya.Biasa la zaman sekolah dan universiti mengorat perempuan sana sini.Rizal tu saja suka-suka ganggu budak perempuan.Macam la awak tak kenal perangai Rizal.Perangai Rizal tu sebijik macam perangai awak masa muda dulu.” Perli Datin Fauziah sambil mengurut lengan suaminya.

“Kesitu pula awak ni…”

“Betul apa yang saya cakapkan ni.Awak jangan risau fasal Rizal, risau fasal kesihatan awak tu.” Senyum Datin Fauziah melihat muka kelat Dato Kamal.

Kelihatan ramai orang berpusu-pusu keluar dari panggung wayang. Hujung minggu pasti Times Square akan dipenuhi oleh pengunjung.Tidak kira tua atau muda.Selalunya di hujung minggu pengunjung seperti pelajar universiti dan pasangan kekasih pasti memenuhi Times Square untuk meluangkan masa disitu.

“Best kan movie tadi awak.” Ujar Syafiq Rizal berjalan disisi Nur Alia.

Best?Yaa… boleh tahan la,”

“Awak tak suka eh movie tadi?”

“Err suka,cuma hero dia tak best.” Sengih Nur Alia.

“Apa la awak ni Lia ,orang tengok jalan cerita dan kualiti cerita tu bukan menilai hero best ke tak.” Bebel Syafiq Rizal.

“Tapi kalau cerita tu digandingkan dengan hero yang best mungkin cerita akan jadi lebih menarik lagi… kan?” Cebik Nur Alia.

Okay fine,ada je awak nak menjawab kan Lia.Jom kita pergi makan lapar pula perut saya ni.” Pantas Syafiq Rizal menggenggam tangan Nur Alia.Dia  hanya biarkan sahaja.Jika dia menarik kembali tangannya pasti tidak berjaya.Syafiq Rizal tidak akan melepaskan genggamannya itu.

Selepas Syafiq Rizal dan Nur Alia menghabiskan masa di Times Square mereka menuju ke Suria KLCC untuk menikmati suasana malam disana.

“Kita buat apa dekat sini Rizal?” Tanya Nur Alia seperti orang bodoh.

“Kita tidur dekat sini Lia.” Selamba Syafiq Rizal baringkan dirinya diatas rumput disekitar taman berdekatan Suria KLCC.

“Mengarut je.Awak tidur sini saya nak balik,”

“Haha, comel la awak ni Lia.Mesti saya rindu lepas ni nak tengok muka awak kan.” Kata Syafiq Rizal sambil memandang wajah isterinya tanpa jemu.

“Awak nak pergi mana Rizal?”

“Saya outstation dekat Melaka.Tak lama pun 4 hari je.Nanti awak hati-hati tinggal sorang kat rumah ye,”

“4 hari je?Kenapa tak pergi lama sikit,aman dunia saya.” Sengih Nur Alia.

“Eleh aman ke rindu?”

“RIndu?Never!” Jeling Nur Alia.

“Tak kan Lia tak rindu dekat abang…” Senyum Syafiq Rizal memandang isterinya.
Sudah mamat ni tiba-tiba nak romantik kenapa.Rimas oi!Rengus hati Nur Alia.

“Err… awak betul ke awak nak tidur dekat sini?” Pertanyaan Nur Alia tidak dijawab Syafiq Rizal.Syafiq Rizal diam membisu memandang sekeliling Suria KLCC.

“Awak?Saya tanya awak ni.” Nur Alia melambai-lambai tangannya dihadapan muka suaminya.Syafiq Rizal masih diam membisu.Dia tidak pedulikan Nur Alia.

Aik pekak pula?Macam-macam perangai dia ni eh.Sabar Lia sabar.Ngomel hati Nur Alia.
“Ehemm… abang nak tidur sini ke sayang?” Lembut suara Nur Alia bertanya kepada Syafiq Rizal.

“Lembutnya suara,kan elok lembut je percakapan awak setiap hari.Ini tidak,kasar je bercakap dengan saya.” Syafiq Rizal tersenyum lebar apabila mendengar isterinya berkata begitu.

“Ehh suka hati saya la!Jom kita balik.Kalau awak tak nak balik,awak tidur sini.Saya balik naik bas.Bye!” Nur Alia bangun meninggalkan Syafiq Rizal disitu.

“Oi… oi pendek!Tunggu la kejap.” Syafiq Rizal berlari mendapatkan Nur Alia yang sudah jauh dihadapan.



No comments:

Post a Comment