BAB 30
“Sudah seminggu hangpa duduk rumah Tok Piah,esok dah nak
balik.Mesti sunyi rumah Tok Piah lepas ni.” Keluh Tok Piah.
“InshaAllah
nanti kami mai melawat tok lagi nah,tok jangan la sedih.” Ujar Syafiq Rizal
sambil tersenyum pada Nur Alia.
“Yala tu Rizal.Hang kalau bukan disebabkan ada kerja dekat Langkawi ni,mana hang nak mai melawat tok,”
“Ya Allah tok betui nanti kami mai nah.Lagi pun Lia ada banyak tempat lagi nak melawat kat Pulau
Langkawi ni kan sayang.” Sengih Syafiq Rizal kepada Nur Alia sambil
mengenyitkan mata. “Awak please panggil
saya abang bila bersembang dengan Tok Piah.” Bisik Syafiq Rizal ditelinga Nur Alia.
“Err ye aaaa..abang.” Tekak Nur Alia seperti
tercekik tulang ikan apabila memanggil Syafiq Rizal dengan panggilan ‘abang’.
“Haa baguih la tu tak la tok bosan duduk
dekat rumah ni.Hangpa duduk la
sembang nah tok nak masuk tidoq dah ni.Hangpa jangan tidoq lambat,esok
pagi dah nak balik.” Senyum Tok Piah lalu berjalan menuju ke bilik tidur.
Syafiq Rizal dan
Nur Alia berduaan di ruangtamu.Nur Alia diam membisu,ketika itu Syafiq Rizal
pula tersengih hingga ke telinga kerana Nur Alia memanggilnya dengan panggilan
‘abang’.
Nur Alia menoleh
melihat Syafiq Rizal yang masih lagi tersengih. “Apa sengih-sengih?Ingat lawak
ke saya panggil awak abang.Macam tercekik tulang ikan je tekak saya ni.” Nur Alia
menjeling Syafiq Rizal.
“Haha... ops!Terlebih
suda.Elehh tercekik la sangat.Boleh je
awak panggil saya abang.Kan lagi elok kalau setiap hari dan setiap masa awak
panggil saya abang.Sejuk hati saya ni dengar,”
“Euww no... no,” Nur Alia mencebik.
“Berlagaknya
awak ni kan pendek!” Syafiq Rizal menarik telinga Nur Alia.
“Aduh!Hey apa ni tarik telinga orang.” “Pang!” dengan pantas tangan Nur Alia menampar
peha Syafiq Rizal dan terus berlari masuk ke bilik tamu dan mengunci pintu.
“Malam ni awak tidur dekat ruangtamu okey!” Jerit Nur Alia kepada Syafiq Rizal
sambil tersenyum.
“Hey dah la tampar saya lepas tu suruh
saya tidur di ruangtamu pula.” Bebel Syafiq Rizal sambil mengetuk pintu bilik,
tetapi pintu tidak dibuka oleh Nur Alia.
Nasib kau la
Rizal kena tidur dekat ruangtamu.Itu la cari fasal lagi dengan Nur Alia tu!Kan
dah terima akibatnya.Tak apa esok minah pendek tu memang kena buli cukup-cukup,rengus
hati Syafiq Rizal.
Azan Subuh berkumandang
di surau berdekatan.Nur Alia mengeliat dan menggosok matanya.Dia melihat Syafiq
Rizal tiada di sebelah bawah katilnya.Selalunya Syafiq Rizal akan tidur dibawah
beralaskan tilam.Alamak!Mamat tu tidur dekat luar.Mampus aku kalau Tok Piah
nampak Rizal tidur dekat ruangtamu.Nur Alia bergegas membuka pintu dan melihat Syafiq
Rizal sedang tidur dalam keadaan yang tidak selesa.Ya Allah kesiannya dia.Aku
bukan sengaja nak kunci pintu.Aduh serba salah pula aku dengan dia,mesti dia
sejuk tidur dekat ruangtamu ni.
“Awak... awak...
bangun dah subuh ni.” Nur Alia menggoncang tubuh Syafiq Rizal.Suaminya masih
tidak terjaga.
“Cepat la bangun
Rizal.Ya Allah kesiannya.Awak bangun laaa…” Nada suara Nur Alia bertukar sebak.
Ketika Nur Alia
sedang menggoncang tubuh Syafiq Rizal,dia sebenarnya sudah terjaga.Syafiq Rizal
ingin mengenakan Nur Alia pula selepas Nur Alia mengunci pintu bilik semalam
dan menyebabkan Syafiq Rizal terpaksa tidur di ruangtamu.Syafiq Rizal tersenyum
dengan kata-kata isterinya itu.Syafiq Rizal mengeliat lalu memeluk isterinya
erat.
Nur Alia
terkejut dengan tindakan Syafiq Rizal.Nur Alia meronta-ronta ingin melepaskan
diri. “Ehh awak bangun la apa peluk saya ni!” Nur Alia menolak tubuh Syafiq Rizal
tetapi masih lagi tidak berjaya melepaskan diri dari pelukan suaminya.
Pintu bilik Tok
Piah terbuka “Ya Allah awat yang hangpa
tidoq dekat ruangtamu ni.” Tok Piah menegur Syafiq Rizal dan Nur Alia.Syafiq
Rizal melepaskan isterinya lalu Nur Alia berdiri bergegas masuk ke dalam bilik.Nur
Alia berasa pipinya panas disebabkan menahan malu pada Tok Piah.
“Err... malam
semalam cuaca panas tok, tu yang kami
tidoq dekat ruangtamu ni banyak angin.” Sengih Syafiq Rizal.
“Macam-macam hangpa ni.Hang bangun pi solat Subuh.Sat lagi nak bertolak balik Kuala Lumpur
dah,”
Selepas seminggu
Syafiq Rizal dan Nur Alia berada di Pulau Langkawi tiba masanya untuk mereka
pulang ke Kuala Lumpur.Mereka selamat sampai di KLIA dan menaiki teksi menuju
ke Shah Alam.Sampai sahaja di rumah Encik Sufian dan Puan Lisa sudah berdiri di
depan pintu untuk menyambut kepulangan Syafiq Rizal dan Nur Alia.
“Assalamualaikum
abah,mama.” Syafiq Rizal memberi salam pada Encik Sufian dan Puan Lisa.
“Waalaikumussalam
Rizal.Alhamdulillah selamat sampai kamu berdua mari masuk Lia,Rizal,”
“Mama sihat?” Tanya
Nur Alia tersenyum melihat wajah Puan Lisa.
“Sihat Lia.Macam
mana bulan madu kamu berdua?Harap-harap cepatlah berisi perut Lia ni.” Puan Lisa
tersenyum gembira sambil memegang perut Nur Alia disebelahnya.
“Err... bulan
madu kami okey mama.Best sangat dekat
Pulau Langkawi.Kalau boleh nanti Lia nak ajak abah dan mama pula pergi sana,”
“InshaAllah
nanti boleh mama shopping sakan dekat
sana.Kamu berdua mesti penat kan pergi la tukar pakaian dulu,rehatkan diri
nanti kita makan malam bersama.” Senyum Puan Lisa pada Syafiq Rizal dan Nur Alia.
Nur Alia berlalu
ke bilik tidurnya dan diekori oleh Syafiq Rizal.Ketika Nur Alia sibuk
mengeluarkan pakaiannya dari bagasi telefon bimbit Nur Alia berbunyi. “Awak
tolong tengokkan kejap siapa yang call
saya tu.” Kata Nur Alia kepada Syafiq Rizal yang berdiri bersebelahan meja komputer.
Syafiq Rizal
melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit Alia “Kimi” apa lagi lelaki
tu nak?Rengus hati Syafiq Rizal.
“Nah.” Sepatah Syafiq
Rizal berkata lalu memberi telefon bimbit pada Nur Alia.
“Assalamualaikum
Kimi... ye kenapa call saya ni,”
“Waalaikumussalam
saya call nak tanya khabar awak.Macam
mana honeymoon?Ada tak beli buah
tangan untuk saya dan Liana.Liana ni sibuk je tanya fasal chocolate dari Langkawi,”
“Semua okey Kimi
oh ye ke,ada je buah tangan dari saya chocolate
pun ada ni.Nanti saya bagi kat awak okey,”
Syafiq Rizal
yang berdiri dibelakang Nur Alia panas hati melihat isterinya begitu mesra
berbual dengan Ashraf Hakimi.Syafiq Rizal tidak tahan lagi melihat kemesraan
mereka,dia menghempas pintu bilik sekuat hati lalu turun ke ruangtamu.
“Ehh bunyi apa
tu Lia?” Tanya Ashraf Hakimi di hujung talian.
“Err... pintu
bilik.Mungkin angin kuat sampai pintu terhempas dengan kuat kut Kimi.Kimi nanti
kita sembang lagi okey.Nanti saya free ajak
Liana keluar sekali.Saya nak bagi buah tangan untuk korang.Okey Kimi bye.” Nur Alia menamatkan panggilan dan
menoleh mencari kelibat Syafiq Rizal.
Mana Rizal?Cepatnya
dia turun.Barang dia ni siapa nak kemaskan.Aduh memang aku la kan kena kemas.Tak
apa la tolong dia sekali sekala tak rugi pun.Pantas tangan Nur Alia mengemas
barang Syafiq Rizal yang masih di dalam bagasi.Nur Alia tidak tahu Syafiq Rizal
sedang panas hati dengan Nur Alia kerana berbual mesra dengan Ashraf Hakimi
sebentar tadi.
kenapala Alia ni tak faham2...telampau lurus heee...
ReplyDelete