Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 52)


BAB 52
Hey Marisa what wrong with you?” Tanya Haikal kepada Marisa.

Nothing.” Marisa meneguk coca-cola dihadapannya.

“You jangan la macam ni,chill babe.” Haikal cuba mencium Marisa disisinya.

Stop it Haikal.Leave me alone,”

“I tak akan tinggalkan you sorang dekat sini.You datang sini nak enjoy Marisa.Come on...” Bisik Haikal.

“I tak nak... I nak Rizal!” Jerit Marisa di dalam kelab malam itu.Orang ramai sedang seronok menari seiring dengan lagu yang rancak di dalam kelab malam itu.

“Sayang... Rizal tak ada dekat sini.I ada untuk you Marisa.” Haikal menuang arak ke dalam gelas lalu meletakkan di hadapan Marisa.

I want him!” Marisa menangis disitu.Haikal cuba menenangkan Marisa.

“Shhh  don’t cry.Minum ni,lepas tu you akan rasa tenang.” Haikal memberi segelas arak kepada Marisa.Dalam keadaan Marisa yang serabut itu,dia terus meneguk air syaitan itu tanpa rasa berdosa.

“I tak akan biarkan Rizal dan Alia bahagia!” Ujar Marisa dalam keadaan mabuk.

“Okey sayang,sekarang kita enjoy dulu.Let’s dance!” Jerit Haikal lalu menarik Marisa menari bersama dengan ghairah.

Nur Alia sedang leka menonton televisyen di ruangtamu.Ligat tangannya menukar siaran.Tidak ada siaran yang ingin di tontonnya.

“Ya Allah bosannya.Nak tengok tv tak ada cerita best.” Rungut Nur Alia sambil menggaru lehernya.

“Kenapa ni?” Tanya Syafiq Rizal datang dari arah bilik air lalu duduk disebelah isterinya.

“Bosan.” Ujar Nur Alia.

“Aikk tengok tv pun bosan?Ada cerita best tak malam ni.” Syafiq Rizal mencapai alat kawalan jauh dan mencari siaran yang ingin ditonton.

“Entah.” Nur Alia bangun dari situ dan berjalan menuju ke bilik tidurnya.

“Ehh nak tidur dah ke Lia.Good night,sweet dream.Mimpi saya!” Jerit Syafiq Rizal kepada isterinya.

Susah betul nak pujuk perempuan ni kan.Tapi masa Marisa merajuk dengan aku,tak susah pula aku nak pujuk dia.Tapi Alia ni lain pula aku tengok.Susah betul nak memujuk dia.Sangat mencabar kelakian aku!Tak apa,aku pasti nanti dia akan cair jugak dengan pujukan aku.Ngomel Syafiq Rizal sambil menonton televisyen.

Aduh mengantuk pula mata ni,aku baru je nak layan movie.Rungut Syafiq Rizal menggosok matanya.Dia memaksa diri untuk menonton televisyen tetapi berkali dia terpejam kerana menahan mengantuk.

Ishh tak boleh jadi ni,aku kena tidur jugak.Syafiq Rizal bergegas ke bilik tidurnya.Sebelum dia masuk kedalam bilik tidurnya,dia ternampak pintu bilik Nur Alia tidak di tutup rapat.Bilik itu masih lagi diterangi cahaya.Syafiq Rizal melangkah masuk ke dalam bilik isterinya.

Laaa... dah tidur rupanya.Patut tak tutup lampu.Ini mesti tertidur sebab penat sangat baca novel.Syafiq Rizal mengambil novel di tangan Nur Alia lalu di letakkan di atas meja.Syafiq Rizal menyelimut isterinya dengan selimut.

Keras jugak hati awak kan Lia.Tapi saya suka,sebab awak mencabar saya dan saya tak akan putus asa untuk dapatkan awak.Senyum Syafiq Rizal memandang wajah isterinya yang sedang enak dibuai mimpi.Lama dia memandang wajah isterinya.Dia perasan parut di dahi Nur Alia.

Ini mesti parut disebabkan dia jatuh masa dia cuba menahan aku malam tu.Kesiannya... Disebabkan aku Lia cedera.Maafkan abang Lia,abang tak bermaksud untuk mencederakan Lia.Abang terlalu cemburu.Abang janji tak akan buat Lia sakit lagi.Syafiq Rizal mencium dahi isterinya.Sedang dia leka memandang wajah Nur Alia,Syafiq Rizal tertidur disebelah isterinya kerana terlalu mengantuk.

Nur Alia terjaga kerana bunyi alarm dari telefon bimbitnya.Dia menggosokkan matanya dan melihat jam di telefon bimbit.Dia mengeliat sambil memusingkan badannya.

“Arghhhhhhh!!” Nur Alia menjerit lalu turun dari katil.Dia kaget melihat Syafiq Rizal tidur bersamanya di atas katil.

“Apa jerit-jerit ni…” Syafiq Rizal mengeliat tanpa menghiraukan isterinya yang sudah menggelabah itu.

“Bangun la!Awak buat apa dekat saya.” Nur Alia membaling bantal pada suaminya.

“Saya tak buat apa pun dekat awak.Kenapa awal sangat bangun?Mari la sini kita sambung tidur.” Ajak Syafiq Rizal dalam keadaan separuh sedar.Dia menyambung tidurnya semula.

“Ishh!Kejap ye.” Nur Alia mengambil air di dalam bilik air.Pantas Nur Alia menyimbah air itu ke muka suaminya.

“Hoi air apa ni!” Syafiq Rizal terkejut lalu terjaga dari tidurnya.

“Hahaha!Padan muka siapa suruh awak tidur sekatil dengan saya hah.” Marah Nur Alia.

“Ehh ini katil saya,awak tu isteri saya.Tak ada masalah kan?” Selamba Syafiq Rizal.

“Tak ada masalah awak cakap?Saya tak benarkan awak tidur dengan saya!”

“Kita boleh je tidur bersama kan?Nak ehem... ehem... pun boleh.Semua halal.” Sengih Syafiq Rizal memandang wajah isterinya yang sudah merah menahan malu.

“Macam-macam la awak ni,baik awak keluar sebelum saya jerit!” Ugut Nur Alia.

“Yela... yela... oh ye sebelum tu.Awak dah tak kenal eh bantal dengan pinggang saya?Suka hati awak  je peluk saya.Hahaha.” Syafiq Rizal ketawa berdekah-dekah lalu keluar dari bilik tidur Nur Alia.

Sakitnya hati!Dia ada buat apa-apa tak dekat aku eh.Nur Alia kelam kabut memikirkan hal itu.Padahal tidak berlaku apa-apa diantara Syafiq Rizal dan Nur Alia.

Syafiq Rizal sedang membaca surat khabar diruangtamu.Dia pelik melihat Nur Alia tidak keluar pada hujung minggu.Selalunya Nur Alia akan keluar atau pergi melawat Puan Lisa dan Encik Sufian.Di sebalik surat khabar itu,Syafiq Rizal mencuri pandang gelagat Nur Alia yang sedang memberi makanan kepada ikan di dalam akuarium.Syafiq Rizal tersengih melihat gelagat isterinya itu.Kadang-kadang Nur Alia seperti bercakap dengan ikan di dalam akuarium itu.Geli hati Syafiq Rizal melihat isterinya.

“Oit dah tak ada orang ke nak berbual sampai ikan tu pun awak nak ajak berbual?” Perli Syafiq Rizal tanpa melihat Nur Alia.

Ehh macam mana dia tahu aku tengah main-main dengan ikan ni?Dia skodeng aku ke?Rengus hati Nur Alia.

“Lebih baik berbual dengan ikan-ikan ni dari berbual dengan awak.Kalau berbual dengan awak confirm bosan.” Nur Alia membalas kata-kata Syafiq Rizal.

“Belum cuba belum tahu!Mari la sini kita berbual Lia.Abang bosan laa...” Sengih Syafiq Rizal.

“Tak payah nak buat manja la Rizal.Ingat saya ni macam Marisa ke nak manja-manja bagai.Please la.” Ujar Nur Alia lalu pergi kedapur.

“Kenapa awak ni susah nak makan pujuk saya Lia?” Tiba-tiba Syafiq Rizal muncul di dapur.Terkejut Nur Alia,nasib baik dia tidak menyiram suaminya dengan air panas.

“Hei kalau nak bersembang dengan saya pun kita bersembang la dekat ruangtamu.Yang ikut saya sampai ke dapur ni kenapa.Nasib baik saya tak siram awak dengan air panas ni.Kalau tidak melecur badan awak tahu.” Bebel Nur Alia kepada Syafiq Rizal.

“Huh?Oh sayang jugak awak kat saya kan Lia.” Sengih Syafiq Rizal.

“Perasan!Tepi lah saya nak lalu,”

“Lia duduk la dulu.Saya nak bersembang dengan awak ni.” Rayu Syafiq Rizal sambil mengekori Nur Alia.

“Awak nak apa Rizal?Kalau nak sembang fasal Kimi ke Marisa ke,saya tak nak,”

“Bukan la Lia.Hmm saya nak awak kerja balik dengan saya.Ramai yang rindu dekat awak Lia.Saya sendiri tak tahu nak jawab apa lagi dengan staf dekat office tu.” Muka Syafiq Rizal seakan merayu kepada isterinya.

“Perlu ke saya kerja dengan awak Rizal?” Nur Alia memandang tepat wajah suaminya.

Yes!”

“Saya rasa,better awak ambil Marisa kerja dengan awak.Suruh je Marisa tu gantikan tempat saya.Lagipun saya tak perlu lagi kerja dengan awak.Kerja dekat butik mama pun dah okey.” Selamba Nur Alia.Dia sudah malas ingin menjejakkan kakinya ke syarikat Syafiq Rizal itu.

“Lia... tolong la saya.I need you.Kalau Marisa kerja dengan saya,memang tak jadi kerja saya,”

“Oh sebelum ni awak boleh je kerja masa Marisa ada?Sekarang awak nak cakap rimas pula kalau Marisa selalu bertenggek dekat awak?” Perli Nur Alia.

“Hmm... saya merayu sangat dekat awak Lia…”

“Saya sebenarnya dah malas nak kerja dengan awak Rizal.Tapi dah kena paksa macam ni,nak buat macam mana lagi kan.Nanti meroyan pula!Kalau nak saya kerja dengan awak,awak kena ikut syarat saya.Boleh??” Nur Alia sengih sambil menganggkat kening melihat Syafiq Rizal.

“Laaa ada syarat pula?Hmm yelah.Apa syaratnya?”

Good!Saya akan bekerja dengan awak,tapi sebulan je mulai esok!Satu lagi,selama sebulan tu awak kena buat kerja rumah.Okey Encik Syafiq Rizal?” Nur Alia menepuk-nepuk bahu Syafiq Rizal.

“Hah??Tapi…!”

“Shhh... jangan nak bagi alasan lagi ye.Kalau awak setuju,saya setuju kerja dengan awak.” Sengih Nur Alia.

“Tapi, tak kan sebulan je awak nak kerja dengan saya?”

“Habis tu?Nak suruh saya kerja dengan awak selama-lamanya?No... no...” Nur Alia menggelengkan kepalanya.

“Alaa Liaaa…”

“Sudah la,saya nak masak.Wah best nya hari ni last saya masak.Lepas ni awak pula buat kerja rumah ye.Awak pula masak untuk saya.” Nur Alia meninggalkan Syafiq Rizal yang terpinga-pinga itu.

Aduh!Budak pendek ni saja nak main-mainkan aku ni.Yang aku pun satu,nak sangat dia kerja dengan aku.Kan dah kena balik!Rengus hati Syafiq Rizal.

Setelah sekian lama Nur Alia meninggalkan syarikat milik Syafiq Rizal,kini dia kembali semula ke syarikat itu.Dia tidak pasti dia perlu gembira atau sedih untuk bekerja disitu semula.Dia kembali kerana dipaksa oleh suaminya.Tetapi tempoh sebulan utnuk berada di syarikat itu agak berbaloi.

Morning Puan Alia.Welcome back.” Seperti biasa setiausaha Syafiq Rizal menyambut mesra kedatangannya di syarikat itu.

Morning Rose,”

Nur Alia menuju ke bilik pejabatnya.Nur Alia melihat di atas mejanya terdapat satu air kotak soya dan muffin.Nur Alia mengerutkan dahinya.

“Rose,siapa punya makanan atas meja saya ni?” Tanya Nur Alia bingung.

“Oh terlupa pula saya,tadi Encik Rizal yang letakkan semua tu atas meja Puan,”

“Oh yeke.Nevermind.” Nur Alia melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

Pehal mamat tu bagi aku semua ni?Sempat pula dia belikan untuk aku.Aduh!Memang sempat la sebab tadi aku datang office lambat dari dia.So dia la sampai office dulu.Nur Alia menepuk dahinya.

Nur Alia mengambil air kotak itu lalu menyedut sehingga habis lalu mengambil muffin pula dan memakannya.Sedang Nur Alia enak menjamu  selera,pintu bilik pejabatnya dibuka.Kelihatan Syafiq Rizal di situ.Nur Alia hampir tersedak dengan tindakan suaminya.

“Uhuk!Oit tak reti nak ketuk pintu ke?” Nur Alia kelam kabut menyorokkan bungkusan muffin di bawah meja.

“Ehh mana makanan atas meja awak Lia?” Syafiq Rizal menghampiri Nur Alia dan mencari makanan yang dia letakkan di atas meja isterinya.

“Err… kenapa awak tanya?Awak punya ke Rizal?”

“Iyelah.Tapi makanan tu saya nak buang sebab dah lama sangat saya simpan.” Syafiq Rizal menggaru dagunya.

“Hah?Kenapa awak nak buang pula?Jangan cakap makanan tu dah expired??”

“Yup betul tu Lia.Makanan dah expired,kena la buang kan?” Sengih Syafiq Rizal.

“Err tapi kenapa letak atas meja saya?Apa awak ingat meja saya ni tong sampah ke?” Nur Alia menjadi tidak tentu  arah.Dia pasti lepas ini perut dia akan sakit kerana makan makanan yang sudah habis tarikh luput.

“Itu la saya datang bilik awak ni Lia.Saya nak ambil balik makanan tu.Tadi saya masuk bilik awak kejap sebab nak cari fail dalam bilik ni.Saya letak makanan tu atas meja awak kejap.Tiba-tiba telefon bilik saya berbunyi.Saya terus pergi bilik saya.Sampai terlupa makanan expired tu ada atas meja awak ni.Mana makanan tu?” Syafiq Rizal memandang wajah isterinya.

“Saya... saya dah buang!” Nur Alia tidak mahu memberitahu bahawa dia sudah habis makan semua makanan itu.

“Iye ke awak dah buang?Tu dekat mulut awak tu apa?Macam ada cebisan muffin je?” Syafiq Rizal menunding jari kearah bibir Nur Alia.

“Hah?Oh ini bukan muffin la.” Nur Alia mengelap mulutnya.

“Habis tu apa?Taik gigi awak?Haha.” Berdekah-dekah Syafiq Rizal ketawa.

“Hei!Baik-baik sikit ye.Awak nak apa lagi dekat sini?Makanan awak semua tu saya dah buang.So awak boleh keluar ye.” Seloroh Nur Alia.

“Yelah.Oh ye sebelum tu,thanks Lia sebab makan makanan yang saya beli dekat awak tu.Saya tahu awak lapar sebab tadi awak tak breakfast lagi kan kat rumah?Saya nampak awak makan semua makanan tu tadi.Saya ingat awak dah tak boleh nak hargai saya.” Syafiq Rizal tersenyum memandang isterinya lalu keluar dari bilik Nur Alia.

What??Ya Allah dia tu kan saja buat aku kelam kabut!Haih nasib baik la makanan tu tak expired lagi.Kalau tidak cirit birit la aku.Baik pula dia dengan aku.By the way thanks Syafiq Rizal!Ngomel Nur Alia di dalam hati.


No comments:

Post a Comment