Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 29)


BAB 29
Jam menunjukkan 6.15 petang,kelihatan masih ada lagi pelancong yang berada di Pantai Cenang.Ada yang sedang duduk di bawah pokok sambil menikmati keindahan pantai itu,ada yang berjalan dipesisiran pantai,ada yang bermain bola pantai dan lain-lain lagi.

“Lama saya tak datang sini rindu pula rasanya.” Syafiq Rizal menarik nafas dalam dan melepaskan perlahan-lahan.

“Awak selalu datang sini ye Rizal,”

“Yup... jom ikut saya.” Syafiq Rizal mengajak Nur Alia dan duduk diatas pasir pantai.

“Kenapa awak suka datang sini?” Nur Alia berteka teki dengan suaminya,padahal dia tahu kenapa Syafiq Rizal suka datang kesitu.

“Haaa kalau nak tahu kejap lagi awak akan tahu jawapannya Lia,”

“Ehh macam tu pula.Awak memang orang Kedah ye Rizal?Pandai awak cakap bahasa kedah dengan Tok Piah.” Tanya Nur Alia.

“Saya memang lahir di Kedah Alia.Ayah saya pun berasal dari kedah. Sebenarnya sebelum saya menetap di KL saya tinggal di Kedah.Dulu saya hidup sederhana je Lia.Sekarang dah banyak berubah.Hidup saya berubah disebabkan usaha ayah membangunkan perniagaan dia dekat sini.Sedikit demi sedikit ayah saya membuat projek sana sini dan Alhamdulillah sampai sekarang dah mampu ada syarikat sendiri.Semua atas usaha ayah dan umi yang tidak pernah putus asa dan banyak bersabar dalam perniagaan.Jadi sekarang tugas saya untuk membangunkan lagi syarikat ayah tu. Pak Ngah dan Mak Ngah saya pun ada perniagaan sendiri dekat sini.” Panjang lebar Syafiq Rizal menceritakan kisah hidupnya.

“Tak sangka kan ayah dan umi berjaya juga memiliki syarikat sendiri.” Senyum Nur Alia.

“Yup... syukur Alhamdulillah Lia.Semua rezeki datang daripada Allah,”

“Betul tu Rizal.Oh ye kenapa awak tak pergi meeting hari ni?”

“Lupa pula saya nak beritahu.Meeting saya dah habis sebenarnya.” Syafiq Rizal tersenyum memandang Nur Alia.

“Laaa... yeke cepat pula habis meeting awak.Lepas ni dah boleh start la projek dekat sini?”

“Yup Alhamdulillah saya dah boleh start projek pembinaan Chalet dekat sini.Lia... lengan awak dah okey ke?Sakit lagi tak?” Syafiq Rizal menarik lembut lengan Nur Alia.

Nur Alia terkedu dengan tindakan Syafiq Rizal. “Ye... dah okey luka ni.” Perlahan-lahan Nur Alia menarik lengannya kembali dari pegangan Syafiq Rizal.

“Lia awak nampak tak tu!” SyafiqRizal menunding jarinya kearah matahari yang kian menghilang.Cahaya jingga matahari itu memenuhi langit biru.

“Cantiknya!”

“Cantik kan... saya selalu datang sini sebab saya suka tengok sunset Lia.” Syafiq Rizal tersenyum melihat keindahan senja.

“Saya dah tahu lama dah.Awak tak payah beritahu pun tak apa.” Sengih Nur Alia disisi Syafiq Rizal.

“Ehh mana awak tahu?”

“Muaz dah beritahu saya awal-awal lagi,”

“Mana aci macam tu!Muaz ni memang nak kena ni.” Syafiq Rizal menumbuk-numbuk pasir kerana tidak puas hati.

“Tak payah nak melenting sangat la mamat poyo.Muaz tak bersalah pun.Tapi kan kenapa awak suka tengok senja eh?”

“Nak tahu kenapa?Sebab saya suka dengan perkara yang dapat menenangkan hati saya.Senja adalah salah satu yang membuatkan hati saya akan berasa tenang.” Kata Syafiq Rizal.

Ooo ketenangan ke,”

“Ye... ehh pendek awak tutup mata kejap,”

“Huh?Nak buat apa?”

“Tutup jela,tak payah nak banyak tanya.” Tegas suara Syafiq Rizal.Dia menarik tangan isterinya lalu memasang seutas gelang tangan.

“Ehh awak!Apa ni…ini kan untukkk…”

“Untuk someone yang saya nak bagi.So awak la someone tu Lia.” Senyum Syafiq Rizal kepada Nur Alia yang kelihatan terkejut itu.

“Tapi awak kan nak bagi dekat Marisa kenapa awak bagi saya pula ni,”

“Siapa cakap saya nak bagi dekat Marisa.Saya nak bagi dekat awak Lia.Jaga baik-baik gelang ni ye.Special for you dear…” Syafiq Rizal membisik di telinga Nur Alia lalu mencium tangan isterinya.Syafiq Rizal memandang tepat kearah mata Nur Alia.Ketika itu cahaya jingga  senja memenuhi langit dan angin meniup nyaman membuatkan keadaan sekeliling bertukar menjadi romantik dek cahaya senja.Mata Syafiq Rizal dan Nur Alia saling bertaut.Lama keadaan mereka begitu.

Bagai ada satu kejutan elektrik meresap ke dalam tubuh Nur Alia dan membuatkan jantung dia berdegup kencang.Ini adalah kali pertama Nur Alia dapat merasai perasaan itu.Ya Allah kenapa dengan Rizal ni.Janganlah buat hati aku jatuh cinta lagi.Aku tak sanggup nak menanggung kepedihan lagi jika cinta aku untuk kali kedua tidak terbalas.Jangan Lia jangan.Ngomel hati Nur Alia.

“Err…awak jom kita balik dah lewat ni.Nanti membebel pula Tok Piah dekat awak.” Nur Alia tersedar lalu menepis pandangan Syafiq Rizal itu.Dia bangun dan berlalu meninggalkan Syafiq Rizal disitu.

Syafiq Rizal tersenyum melihat reaksi Nur Alia yang tidak keruan itu.“Semoga hati awak sudah terbuka untuk suami awak ni Lia.” Ngomel Syafiq Rizal dan berjalan mendapatkan Nur Alia.


1 comment:

  1. Romantik...moga ada sunset buat suami isteri ni....best!!!

    ReplyDelete