Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 36)


BAB 36
“Rizal hari ni saya balik lewat sikit.Saya kena bincang fasal projek di Cenang dengan Fahmi.Awak balik dulu ye.” Kata Nur Alia.

“Okey jangan balik lewat sangat ye, abang tunggu Lia dekat rumah.Sekarang jam dah 6.00 petang jangan sampai rumah lebih dari jam 9.00 malam okey.Lewat dari 9.00 malam kena denda!” Senyum Syafiq Rizal disisi Nur Alia.

“Yela.” Nur Alia mencebik.

Tiba-tiba telefon bimbit Syafiq Rizal berbunyi.Tertera nama Marisa di skrin telefon bimbitnya.Syafiq Rizal mengerut dahinya lalu menjawab panggilan Marisa.

“Hello Marisa,”

“Riz... you free tak sekarang?” Manja suara Marisa di hujung talian.

“Ye I free.Kenapa?”

“I nak ambil kereta I di workshop,tapi Mona tak boleh tolong I Riz…” Rengek Marisa.

“Hmm you tunggu sana nanti I sampai.” Syafiq Rizal menamatkan panggilan.

“Alia nanti tunggu abang dekat rumah ye,jangan balik lewat tau!” Syafiq Rizal sempat mencuit hidung Nur Alia dan berlalu dari situ.

Kesiannya kau Rizal dapat awek yang manja mengalahkan bayi je!Rimas pula aku tengok diorang berdua,lagi-lagi si Marisa tu.Rengus hati Nur Alia.

“Rizal nak pergi mana laju semacam je dia jalan tu Lia?” Tanya Amirul Fahmi sambil melipat lengan kemejanya.

“Dia nak pergi workshop ambil kereta Marisa.Awal sampai Fahmi tadi cakap 6.30 petang sekarang baru pukul 6.00 petang,”

“Saya datang awal ni nak ajak awak pergi OldTown nanti kita bincang fasal projek di Cenang tu dekat sana.” Senyum Amirul Fahmi menampakkan lesung pipitnya.

“Okey boleh jugak,”
Didalam perjalanan Marisa memandang Syafiq Rizal yang leka memandu disebelahnya.Lama dia merenung Syafiq Rizal.Syafiq Rizal tidak perasaan dengan kelakuan Marisa itu.

“Riz… lepas ambil kereta I kita pergi dinner ye.” Manja nada suara Marisa.

“I tak boleh lama ni,Marisa lain kali boleh?”

“Alaaa… please Rizal.I nak belanja you sebab tolong I semalam dan hari ni.Please…” Rayu Marisa sambil memegang lengan Syafiq Rizal.

“Hmm sekejap je I teman you okey,”

“Okey !Thanks Riz.” Marisa tersenyum lebar kerana Syafiq Rizal menerima pelawaannya.
Tepat jam 8.00 malam Nur Alia sampai dirumahnya.Dia mengerut dahi melihat tiada cahaya lampu didalam rumah.Aik Rizal ni tak balik lagi ke?Tadi bukan main lagi suruh aku balik awal ,jangan balik rumah lebih dari pukul 9.00 malam.Sekarang ni siapa yang awal siapa yang lambat balik.Cakap tak serupa bikin.Poyo!Rengus Nur Alia sambil membuka kasut lalu melangkah masuk kedalam rumah.

Letihnya badan,penat aku macam ni kalau setiap hari nak kena bincang fasal projek tu.Harap-harap cepat la projek  tu siap.Tapi nasib baik Fahmi tu happy go lucky je, tak la aku tension sangat kalau nak bincang fasal kerja.

Nur Alia berlalu ke bilik lalu membuka tudungnya.Dia baring diatas katil.Rehat kejap la lepas ni baru pergi mandi.Nur Alia memejamkan matanya.

“Riz pilih la menu apa you nak makan.” Senyum Marisa.

“Okey thanks Marisa.So kereta you dah okey.Lepas ni sebelum you naik kereta check dulu tayar kereta you,

“I kena check sendiri?Mana I tahu semua tu Rizal.” Rengek Marisa.

“Bukan susah pun.You tengok la tayar kereta tu ada angin ke tidak.Bahaya juga kalau tayar kereta tak ada angin.Nanti tak fasal-fasal kemalangan.” Kata Syafiq Rizal memandang Marisa.

“Takut pula I.Kalau macam tu setiap bulan I hantar kereta pergi workshop la suruh mekanik check kan tayar kereta I,

“Boleh jugak macam tu Marisa lagi selamat,”

“Tak sangka kan you masih ambil berat fasal I Rizal.” Senyum Marisa.

“You kan kawan I Marisa,mesti la I kena ambil berat,”

“Kawan?I think kita masih macam dulu.” Sayu nada suara Marisa.

No Marisa dulu kita lain sekarang kita lain.” Tegas suara Syafiq Rizal sambil memandang tajam wajah Marisa dihadapannya.

“But i still love you Riz.Kita kahwin.” Rayu Marisa pada Syafiq Rizal.

“Kahwin?Apa you cakap ni Marisa.You tahu kan I dah kahwin, I dah jadi suami orang.” Syafiq Rizal terkejut dengan permintaan Marisa itu.

Yes I tahu Riz.Tapi sebelum you jumpa Alia,I dalam hati you.Memang dulu I silap dengan perangai buruk I,sampai buatkan you tak percayakan I lagi.Tapi sekarang I dah berubah Riz.I menyesal.” Marisa merayu kepada Syafiq Rizal.

“Itu dulu Marisa,sekarang I tak tahu hati I masih simpan rasa sayang pada you atau tidak.I tak nak you terlalu mengharap Marisa.” Syafiq Rizal sendiri tidak pasti akan perasaannya terhadap Marisa sekarang.

“Kenapa?Sebab you dah jatuh cinta dan sayangkan Alia sampai you sanggup buang cinta I ?Susah payah I bawa diri untuk berubah demi you, tiba-tiba you berkahwin dengan perempuan lain.I terlalu sedih dan kecewa dengan you Rizal.” Marisa meluahkan isi hatinya pada Syafiq Rizal.Memang Marisa sedih dan kecewa bila dapat tahu Syafiq Rizal menikahi Nur Alia.

“You jangan salah sangka pada Alia.Dia tak bersalah dalam hal ni.Memang I nak kahwin dengan you dulu Marisa.Tapi lepas I dapat tahu you mabuk dan hampir dirogol oleh kawan baik you si Haikal tu,I rasa macam orang bodoh.Sebab banyak kali I nasihat you,jangan ikut si Haikal tu pergi ke disko.Tapi you degil Marisa.You lebih percayakan Haikal dari I.Nasib baik I selamatkan you malam tu kalau tidakkk… I malas nak cerita dan fikir fasal hal tu.Betapa geramnya I pada you dan Haikal masa tu. I bersabar dengan you lepas hal tu terjadi.You tahu tak Marisa,pada masa yang sama you curang dengan I.Berbuih mulut I nasihatkan you jangan percayakan Haikal.Tapi you tak dengar.You nak jugak berkawan dengan dia.You ingat I tak tahu ke yang sebenarnya you ada hubungan dengan Haikal.I dah tak mampu lagi nak menahan you.Cuba you fikir kalau you tak dengar cakap I,nanti bila kita dah berkahwin you masih lagi buat perangai macam tu.You tak rasa ke I akan ceraikan you? So I buat keputusan better I let you go dan putuskan pertunangan kita.” Ujar Syafiq Rizal kepada Marisa.Memang dia ingin menikahi Marisa tetapi disebabkan kisah silam,mereka tidak jadi berkahwin.

So sorry Riz.Memang I salah dulu tapi please give me one chance.I sayangkan you Rizal.I tak boleh hidup tanpa you.” Marisa separuh merayu kepada Syafiq Rizal.


“Senang you cakap Marisa.I tak tahu macam mana nak buat keputusan sekarang.Better kita berkawan dulu. I balik dulu,dah lewat malam ni thanks sebab belanja I Marisa.Kalau ada apa-apa hal just contact me.” Syafiq Rizal memandang tepat kearah Marisa lalu bangun meninggalkan Marisa disitu. 

“Aku tak akan lepaskan kau Syafiq Rizal.” Marisa menggenggam erat tangannya.

No comments:

Post a Comment