Wednesday, 10 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 62)


BAB 62
Nur Alia sedang sibuk memeriksa barangan yang baru sahaja sampai di butik.Aisya pula sedang sibuk melayani pelanggan yang mahu membeli pakaian di butik itu.Tiba-tiba telefon bimbit Nur Alia berbunyi.

Hello ye Fahmi,kenapa?”

“Hai Lia,saya ada di McDonald’s ni awak nak order apa-apa tak?Lepas ni saya memang nak pergi butik kejap.” Tanya Amirul Fahmi.

“Boleh jugak lagipun perut saya tengah lapar ni.Saya nak set double cheese burger.Kejap saya tanya kak Aisya,”

“Akak,Fahmi tanya akak nak MacD tak?”

“Hmm boleh jugak.Akak nak set McChicken.” Senyum Aisya.

Hello Fahmi,kak Aisya nak set McChicken,”

“Okey,nanti saya sampai butik ye,bye.” Amirul Fahmi menamatkan panggilan.

“Rajin Fahmi pergi McDonald’s.” Ujar Aisya.

“Dia memang dah ada dekat sana kak,nanti dia datang sini,”

“Lia dengan Fahmi ada apa-apa ke?” Tanya Aisya.

“Err ada apa-apa?Maksud akak?” Nur Alia mengerutkan dahinya.

“Korang couple?”

“Uish akak ni.Mana ada la.Fahmi tu macam kawan Lia je kak,”

“Mula-mula memang la kawan.Nanti dah lama bukan kawan dah jadinya.” Sengih Aisya kepada Nur Alia.

“Tak mungkin la kak.Hmm akak tahu tak hari tu Rizal serang Fahmi.” Ujar Nur Alia memandang Aisya yang sedang sibuk mengira stok.

“Hah?Rizal serang Fahmi?Macam mana boleh jadi macam tu?” Aisya bergegas mendapatkan Nur Alia.

“Hmm... Lia pun tak tahu Rizal datang dari mana kak.Yang Lia pelik macam mana dia tahu Lia dan Fahmi ada dekat situ?”

“Akak rasa kan,Rizal intip Lia la.” Aisya menduga.

“Intip?Buat apa la Rizal tu nak intip Lia pula.” Seloroh Nur Alia membelek telefon bimbitnya.

“Orang kalau dah sayangkan seseorang tu,dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan orang yang dia sayang tau,”

“Maksud akak,Rizal sayangkan Lia?Tak mungkin la kak.Kalau dia sayangkan Lia,dia tak akan tidur dengan perempuan lain!” Rengus Nur Alia.

“Lia... setiap manusia pasti akan membuat kesilapan.Tak semua manusia di dalam dunia ni sempurna Lia.Cuba bagi Rizal peluang kedua untuk tebus kesalahan dia pada Lia.Mungkin dia akan berubah lepas ni.Mana kita tahu kan?” Aisya memberi nasihat pada adik angkatnya itu.

“Rizal berubah kak?Lia rasa dia lebih selesa dengan hidup dia sekarang kut.Dia tu kalau playboy,playboy juga akak,”

“Ya Allah Lia,tak baik cakap Rizal macam tu.Biasa la lelaki,pantang nampak perempuan cantik.Tapi Rizal tu sayangkan Lia seorang je,walaupun dia ramai perempuan.Tapi kan Lia,akak rasa Rizal bukan jenis macam tu la.Kalau akak tengok Marisa hari tu,perempuan tu yang tergedik-gedik dengan Rizal.Padahal Rizal tak melayan sangat pun perempuan tu.” Ujar Aisya sambil memikirkan tentang Marisa.

“Itu apa yang akak nampak.Yang saya nampak lain pula.Sekarang saya selalu terserempak Rizal dengan perempuan lain.Dulu Marisa,sekarang Mona pula.Sudah la kak.Lia malas nak bersembang fasal Rizal.Buatkan Lia tak ada mood,”

“Lia… Lia… susah betul nak terima Rizal semula.Mungkin perempuan tu kawan dia kut.Cuba pergi jumpa Rizal dan selesaikan masalah korang.Akak pening la dengan korang ni.Sorang cakap macam tu,sorang cakap macam ni.Korang ni ego tahu tak.” Bebel Aisya lalu meninggalkan Nur Alia berseorangan disitu.

Syafiq Rizal kelihatan sangat kusut ketika itu.Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan untuk mendapatkan Nur Alia.Dia tidak akan ceraikan isterinya itu.

“Ini semua salah aku!Aku terlalu ikutkan hati dulu sebab terlalu sayangkan Alia sampai diri aku sendiri yang merana.Sekarang Lia sudah tidak mahu lagi menerima aku!” Jerit Syafiq Rizal lalu membaling semua barang yang berada di dalam biliknya.Dia menjadi tidak keruan kerana Nur Alia semakin jauh dari diri Syafiq Rizal.

“Terima kasih Fahmi belikan kami MacD.Bukan belikan saja siap belanja lagi.” Senyum Aisya.

“Bukan selalu saya nak belanja akak dengan Alia.” Ujar Amirul Fahmi.

“Lepas ni kita kena belanja Fahmi pula la kak.” Seloroh Nur Alia memandang Aisya.

“Ehh tak payah la Lia,lagipun saya ikhlas nak belanja awak dengan Kak Aisya,”

“Malu-malu pula dia.” Usik Aisya kepada Amirul Fahmi.

“Lia lepas ni awak free tak?” Tanya Amirul Fahmi.

Free rasanya.Kenapa?”

“Nak ajak awak temankan saya jumpa client bincang fasal projek di Chalet di Pantai Cenang.” Ujar Amirul Fahmi.

“Oh jumpa client,okey boleh je.” Ujar Nur Alia sambil menghirup air coca-cola.

Thanks Lia.Kalau macam tu boleh kita pergi sekarang?”

“Okay sure... Lia pergi kejap ye kak Aisya.” Senyum Nur Alia kepada Aisya.

“Okey hati-hati!”

“Awak pergi masuk kereta dulu ye,saya nak pergi kedai kejap beli air mineral.” Ujar Amirul Fahmi.

“Okey...” Nur Alia melangkah kaki untuk menyeberangi jalan.Amirul Fahmi melihat Nur Alia berjalan menuju ke kereta.Tiba-tiba Amirul Fahmi ternampak sebuah kereta meluncur laju,Nur Alia sudah berada di tengah jalan.

“Lia!!” Jerit Amirul Fahmi.Pantas Amirul Fahmi menarik Nur Alia dari dilanggar oleh kereta tersebut.

“Awak tak apa-apa?” Amirul Fahmi cemas melihat Nur Alia.Nur Alia terkesima dengan tindakan Amirul Fahmi itu.

“Err tak... tak... saya okey.” Ujar Nur Alia.

“Gila ke apa driver tu!Nasib baik awak tak kena langgar tadi Lia.” Marah Amirul Fahmi kepada pemandu itu.

“Saya tak perasan ada kereta datang tadi Fahmi.” Nur Alia terkejut apabila mendengar geseran tayar kereta yang meluncur laju tadi.

“Jom kita pergi.” Ajak Amirul Fahmi.

“Ehh tadi kan awak nak beli air mineral?”

“Tak apa itu tak penting.Nyawa awak tu lagi penting.Jom...” Amirul Fahmi membawa Nur Alia masuk ke dalam kereta.Nur Alia terpinga-pinga dengan kelakuan Amirul Fahmi.
Ketika di dalam kereta Amirul Fahmi diam tanpa berbicara.Nur Alia pula sedang memikirkan kejadian tadi.Macam-macam dia fikirkan.Mungkin kejadian tadi ada kena mengena dengan ugutan yang di dapat tempoh hari.Siapa cuba nak menganiayai Nur Alia?

“Lia... awak okey?” Amirul Fahmi bersuara.

“Yup okey.Saya pelik la Fahmi,”

“Pelik kenapa Lia?” Amirul Fahmi mengerutkan dahinya sambil memandang Nur Alia.

“Hari tu saya ada dapat satu ugutan dari someone.Tapi saya tak kenal orang tu,”

“Hah ugutan?Apa orang tu buat dekat awak?” Cemas Amirul Fahmi.

“Dia tak buat apa-apa cuma dia tolak saya je.Tapi sakit jugak la saya jatuh hari tu.Yang saya pelik,kenapa orang tu bagi saya satu kertas yang berbaur ugutan?Padahal saya langsung tak kenal orang tu.” Nur Alia menceritakan kejadian yang berlaku padanya tempoh hari.

“Haaa... awak buat salah apa ni Lia?”

“Mana ada saya buat apa-apa pun.Mencuri ke?Merompak ke?Buang masa je nak buat benda tu.Seumur hidup saya tak pernah buat benda macam tu.” Nur Alia memandang Amirul Fahmi.

“Ehh siapa cakap awak tak pernah mencuri Lia?”

“Ooo awak ingat saya ni pencuri la eh?” Muncung Nur Alia.

“Awak mencuri hati saya.Hehe.” Sengih Amirul Fahmi.

“Hah??Main-main pula awak ni.Saya tengah risau,awak boleh lagi nak mengusik saya.”

“Saya melawak jela.Okay back to the topic.So,lepas awak dapat kertas berbaur ugutan tu apa lagi kejadian pelik jadi dekat awak Lia?” Tanya Amirul Fahmi seperti seseorang yang sedang menyiasat.

“Kejadian macam tadi.Ada sebuah kereta tiba-tiba je laju datang ke arah saya.Macam nak langgar saya pula.Nasib baik awak ada,”

“Itu la,nasib baik hero ni ada.” Seloroh Amirul Fahmi.

“Yela thanks untuk hero sebelah saya ni sebab selamatkan saya tadi ye.” Selamba Nur Alia.

“Tapi saya risau sebenarnya dekat awak.Kalau saya dapat kejar driver tadi,memang nahas saya kerjakan dia,”

“Sekarang ni saya mula risau Fahmi.Entah lepas ni apa pula jadi dekat saya.Fahmi awak simpan rahsia ni ye.Jangan beritahu sesiapa pun.Saya tak nak diorang risau.” Rayu Nur Alia.

“Okey Lia.Bagus juga awak ceritakan dekat saya.Ada juga orang tahu.Nanti kalau ada sesuatu jadi dekat awak,saya la orang pertama pergi selamatkan awak.I am your hero now!Rasa macam superhero pula.” Sengih Amirul Fahmi.

“Awak ni kan…” Nur Alia mengangkat keningnya memandang Amirul Fahmi.

“Betul apa saya cakap?Okey kita dah sampai.Jom.” Mereka sudah sampai ke destinasi yang ingin ditujui.

Pada keesokkan harinya Amirul Fahmi mengajak Nur Alia dan Aisya keluar pergi menonton wayang bersama.Sampai sahaja di Times Square mereka membeli tiket wayang lalu menunggu sehingga waktu wayang itu bermula.

“Akak dengan Fahmi tunggu sini kejap ye.Lia nak pergi cari barang dekat Guardian kejap.” Ujar Nur Alia.

“Okey Lia.Kami tunggu dekat sini ye.” Jawab Aisya sambil tersenyum.

Nur Alia mengangguk lalu menuju ke Guardian.Semakin jauh Nur Alia dari Aisya dan Amirul Fahmi,dia merasakan ada seseorang mengekorinya.Walaupun ramai orang di Times Square itu,Nur Alia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Nur Alia melajukan langkahnya.Ketika berada di dalam Guardian,Nur Alia menyorok di sebalik rak-rak yang berada disitu.Nur Alia ternampak ada seorang lelaki di luar Guardian sedang mencari seseorang.Nur Alia pasti lelaki itu yang mengekorinya tadi.

Apa lelaki tu nak?Tapi betul ke lelaki tu ikut aku tadi?Ataupun aku je yang perasan.Ngomel Nur Alia.

Setelah membeli barang di Guardian,Nur Alia memberanikan diri untuk pergi mendapatkan Aisya dan Amirul Fahmi semula.Apabila Nur Alia sampai kepada mereka,dia melepaskan satu keluhan.

“Ini kenapa macam baru lepas berlari je Lia?” Tanya Amirul Fahmi melihat waajh Nur Alia.

“Tak ada apa la Fahmi.Saya kejar masa nak tengok wayang.Nanti tak sempat pula.” Tipu Nur Alia.

“Apa la Lia ni.Lagi 10 minit wayang nak start.Lambat lagi.” Senyum Aisya memandang adik angkatnya.

Ketika didalam panggung wayang,Nur Alia mengambil tempat disebelah Aisya.Nur Alia seperti tidak selesa berada didalam panggung itu.Sekejap dia memandang orang sebelah.Sekejap dia memandang orang belakang.Dia tidak dapat fokus ketika menonton wayang.


Kenapa jantung aku ni berdebar-debar?Apa yang aku takut sangat ni.Maybe sebab aku teringat fasal tadi kut.Mengarut jela.Tak ada orang nak ekori aku tadi.Perasaan aku je tu.Ngomel hati Nur Alia.

No comments:

Post a Comment