BAB 67
Hampir enam bulan hubungan Syafiq Rizal dan Nur Alia
kembali pulih.Kini mereka hidup seperti suami isteri yang lain.Tiada lagi drama
dan lakonan di dalam perkahwinan mereka.Syafiq Rizal dan Nur Alia hidup bahagia
tanpa gangguan.
“Abang… Fahmi
apa cerita sekarang?” Tanya Nur Alia kepada Syafiq Rizal yang sedang melihat
keindahan pantai dihadapan mereka.
“Kenapa Lia
tanya?”
“Salah ke Lia
tanya?Jealous ye…” Seloroh Nur Alia.
“Mesti la!”
“Amboi dah
pandai nak jealous eh.” Nur Alia
mencubit perut Syafiq Rizal.
“Aduh!Lia tahu
tak kenapa abang culik Lia hari tu?”
“Kenapa?”
“Sebab
abang jealous dengan Fahmi.Abang dengar Lia dan Fahmi nak bertunang,terus
abang rancang nak culik Lia.Nasib baik Mona pun tolong abang.” Senyum Syafiq
Rizal.
“Huh
bertunang?Bila pula Lia nak bertunang dengan Fahmi?Abang dengar cerita mana
ni?”
“Ehh salah ke?Marisa
yang beritahu abang.” Syafiq Rizal mengerutkan dahinya.
“Mengarut jela
semua cerita tu…”
“Maknanya Marisa
tipu abang la?”
“Iyelaa…” Selamba
Nur Alia.
“Hmm kesian Lia
tak fasal-fasal kena culik dengan abang.Tapi bagus jugak abang culik Lia dari
kena culik dengan mamat bangla ke kan.” Sengih Syafiq Rizal.
“Bagus la sangat.Lia
ni dah tak tentu arah tau masa tu.” Cebik Nur Alia.
“Alaa abang
minta maaf ye sayang ... Lepas ni tak ada siapa pun yang boleh ambil Lia dari
abang.Oh ye Fahmi sebenarnya dah jumpa calon isteri.Tak lama lagi kahwin la
dia,”
“Serius?Alhamdulillah
akhirnya kahwin juga Fahmi.Hmm Abang… Lia nak naik banana boat boleh?”
“Ishh tak payah
la, bahaya la.” Kata Syafiq Rizal berada disebelah isterinya.
“Please… Lia nak naik,”
“Nope!Jangan degil Lia.” Tegas suara
Syafiq Rizal.
“Sikit-sikit nak
marah!”
“Mesti la abang
marah sebab abang sayangkan Lia.Nanti jadi apa-apa dekat baby ni macam mana?” Ujar Syafiq Rizal sambil meletakkan telinganya
di perut Nur Alia.
“Abang dengar
apa dalam tu?” Tanya Nur Alia sambil mengusap kepala suaminya.
“Lia!Baby kita tengah bercakap la,dia cakap
‘mama jangan la merajuk’…” Senyum Syafiq Rizal lalu mengangkat kepalanya
semula.
“Iyelah tu!” Muncung
Nur Alia.
“Laaa… buat lagi
mulut itik tu nanti menurun dekat anak baru tahu.” Gertak Syafiq Rizal.
“Yes!Lia sokong tu.Daripada jadi poyo
macam abang.” Perli Nur Alia.
“Ehh abang pula.”
Syafiq Rizal mengetap bibirnya.
“Hah satu lagi baby.Jangan ego macam papa ye…” Selamba
Nur Alia sambil mengurut perutnya.
“Abang ego?Lia
pun sama je.Baby jangan ikut perangai
mama.Mama ni ego!”
“Alaa sama je
kita dua ni.” Seloroh Nur Alia.
“Haa tahu pun,mungkin
kita memang dah ditakdirkan bersama?Lia nak tahu satu rahsia tak?”
“Rahsia apa?” Nur
Alia mengerutkan dahinya.
“Hmm Lia ingat
lagi tak masa Lia pergi MPH.Lia ternampak sorang lelaki jeling dekat Lia?”
“MPH?Lelaki
jeling dekat Lia?Oh ye mamat psycho
tu!Ada ke patut dia jeling dekat Lia.Mamat tu yang curi-curi pandang Lia lepas
tu jeling pula.”Rengus Nur Alia.
“Err mamat tu
abang la…”
“Huh?Oh selama
ni abang memang intip Lia eh?”
“Bukan macam tu.Kebetulan
abang lalu dekat situ,abang nampak Lia masuk MPH sebab abang macam nak kenal
muka Lia.Abang pergi jela masuk dan usya Lia.” Sengih Syafiq Rizal.
“Kenapa tak
tegur Lia?”
“Tak nak la.Nanti
tak fasal-fasal kena marah dengan si pendek ni.” Selamba Syafiq Rizal.
“Ehh suka hati
je kan panggil orang pendek!” Nur Alia mencubit peha Syafiq Rizal.
“Adoi sakitlah!Lia
tu…” Syafiq Rizal menunding jari ke arah senja dihadapan mereka.
“Cantiknya…” Puji
Nur Alia.
“Lia janji
dengan abang jangan tinggalkan abang lagi ye sayang.Abang tak boleh hidup tanpa
Lia.Abang akan jaga Lia sampai nafas terakhir abang…” Syafiq Rizal memandang
tepat kedalam mata Nur Alia.Syafiq Rizal mencium dahi Nur Alia.Syafiq Rizal
tidak mahu lagi kehilangan isterinya.Dia ingin bersama dengan isterinya walau
dalam apa jua keadaan.
“I love you…” Bisik Syafiq Rizal di
telinga Nur Alia.
“I love you too abang… thanks for everything.” Senyum Nur Alia.Nur
Alia bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik dan bertanggungjawab.Selama
dia bersabar dengan Syafiq Rizal akhirnya Nur Alia mendapat kebahagiaan juga bersama
Syafiq Rizal.
-TAMAT-
menarik...happy ending lalaalaa...tahniah Aileen..teruskan usaha berkarya...
ReplyDeletealhamdullillah..hbis jgk bce.huhuhu...best lh...sy suke..terbaek!!😙😙
ReplyDeletealhamdullillah..hbis jgk bce.huhuhu...best lh...sy suke..terbaek!!😙😙
ReplyDelete